5 Pantang Larang Wajib Tahu Sebelum Bercuti Ke Bali

Bali merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat terkenal di Indonesia. Selain keindahan floranya yang tersendiri, Bali juga merupakan salah satu tempat yang suci buat mereka yang beragama Hindu.

BACA: Dua Dekad Berlalu, Ini Kronologi Kejadian Tsunami Aceh

Sebagai pelancong, sudah semestinya kita perlu menghormati adat dan budaya sesuatu tempat. Kali ini, kami akan kongsi 5 pantang larang ketika berada di lokasi pelancongan ini. Jom kita check bersama!

5 Pantang Larang Di Bali

5-pantang-larang-wajib-tahu-sebelum-bercuti-ke-bali

1. Jangan Sentuh Kepala Orang

Sudah semestinya kita sendiri akan marah sekiranya bahagian kepala disentuh oleh orang lain secara sesuka hati. Sama juga di Bali, menyentuh kepala orang lain termasuk anak-anak kecil dianggap tidak sopan. Hal ini kerana bahagian kepala dianggap tubuh yang paling suci buat masyarakat Bali.

5-pantang-larang-wajib-tahu-sebelum-bercuti-ke-bali

2. Hormati Upacara Tempatan

Bali amat terkenal dengan upacara keagamaan dan tradisi. Oleh itu, pastikan anda tidak menggangu ketika upacara dilakukan. Sila pakai pakaian yang sopan dan hormat ketika mengunjungi tempat-tempat yang suci.

5-pantang-larang-wajib-tahu-sebelum-bercuti-ke-bali

3. Jangan Guna Tangan Kiri

Seperti dalam Islam, masyarakat Bali juga menganggap bahawa tangan kiri itu tidak bersih dalam budaya mereka. Jangan sesekali berjabat tangan dengan menghulurkan tangan kiri kepada mereka mahupun memberi atau menerima sesuatu.

5-pantang-larang-wajib-tahu-sebelum-bercuti-ke-bali

4. Jangan Bermesra Di Tempat Awam

Jangan sesekali bermesra mahupun berpelukan di tempat awam. Meskipun pasangan suami isteri, perbuatan ini dianggap tidak sopan. Simpan sahaja masa peribadi anda itu ketika berada di hotel atau sebaliknya.

5-pantang-larang-wajib-tahu-sebelum-bercuti-ke-bali

5. Jangan Pijak Sesajen

Sesajen merupakan persembahan kecil kepada dewa yang biasanya terletak di tanah sama ada depan rumah, kedai dan sebagainya. Anda dilarang sama sekali untuk memijaknya kerana sesajen ini dianggap simbol keagamaan yang penting.

Jadi, jangan sesekali untuk melakukan pantang larang berikut ketika bercuti di sana. Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik.

Follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagramTikTokWhatsapp dan Telegram.

Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini

Mini Zamri
Mini Zamri
Articles: 36

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× How can I help you?