Dua dekad yang lalu tanggal 26 Disember, negara jiran telah dikejutkan dengan tsunami yang dahsyat yang hampir menenggelamkan bandar Aceh. Menurut sumber, kejadian tsunami ini bukan sahaja melibatkan Aceh, malah beberapa tempat di Thailand, Sri Lanka dan India turut terkena tempias.
BACA: Saksi Cinta Ditolak, Ini Adalah Hikayat Meriam Puntung
Siapa sangka tiada langsung tanda-tanda berlakunya bencana alam ini sehari sebelum kejadian. Jom, kali ini kami akan kongsi kronologi mengenai apa yang berlaku pada hari kejadian.
Kronologi Tsunami Aceh
26 Disember 2004
- Jam 7.58 pagi, gempa bumi terbesar dengan kekuatan 9.1-9.3 skala ritcher telah mengegarkan dasar laut Aceh.
- Gempa bumi tersebut berlaku 30 kilometer kedalaman air dan sejauh 160 kilometer dari pantai barat Sumatera.
- Ini menyebabkan gelombang tsunami pertama dengan ketinggian 30 meter mula menghempas dan menyerang secara besar-besaran ke atas bandar Aceh.
- Oleh kerana gelombang tsunami yang terlalu cepat dan kuat, air deras itu telah menghancurkan banyak kawasan dan ribuan nyawa terkorban.
- Selain gelombang pertama, gelombang kedua dan ketiga juga terus menerus menambahkan lagi kemusnahan pada bandar Aceh tersebut.
- Pada hari kejadian, tsunami yang sama turut melanda negara-negara lain termasuk Thailand, Sri Lanka, Maldives, India dan pantai timur Afrika. Ini merupakan salah satu bencana alam yang terburuk pernah berlaku.
- Usaha tempatan giat dijalankan namun skala kemusnahan yang terlalu besar dan banyak kawasan yang terputus hubungan menyukarkan misi menyelamat.
27-31 Disember 2004
- Selain usaha tempatan, pihak antarabangsa juga turut turun bagi membantu dalam misi menyelamat. Organisasi kemanusiaan, negar-negara asing dan lain-lain hadrir dalam memberi bantuan kecemasan.
- Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mula mengkoordinasikan usaha bantuan bagi memastikan bantuan tiba dengan lebih efisien.
- Jerman menghantar pesawat tentera milik mereka dan digunakan sebagai klinik kecemasan bagi mencari dan membantu mangsa yang terlipat.
- Indonesia telah mengistiharkan sebagai kawasan bencana tsunami paling teruk dengan jumlah keseluruhan mangsa sebanyak 170,000.
Januari 2005 hingga kini
- Pemulihan jangka panjang dijalankan. Setiap infrastruktur penting mula dibina manakala mangsa-mangsa yang terlibat dipindahkan ke kem sementara.
- Program kesedaran dijalankan bagi mendidik orang ramai mengenai langkah-langkah keselamatan jika tsunami melanda.
- Projek-projek pemulihan ini mengambil masa hampir bertahun-tahun untuk kembali seperti biasa semula. Program pembangunan dan latihan fizikal dan mental dijalankan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
- Pada tahun 2009, muzium tsunami Aceh dibina bagi memperingati semula kejadian yang berlaku termasuk mangsa-mangsa yang menjadi korban bencana alam itu.
Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian ini. Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik.
Follow akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram, TikTok, Whatsapp dan Telegram.
Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini