Sebut sahaja mengenai menunaikan umrah, sudah tentu kita akan teringat mengenai keadaan panas ketika berada di sana. Jangan risau, kali ini kami akan kongsi 10 tips yang menarik bagi memastikan badan kita kekal hidrasi ketika menunaikan ibadah itu.
BACA: Atasi Jet Lag! Ikuti Tips Ini Untuk Menyesuaikan Diri Ketika Travel
Tahukah anda, bukan sekadar dengan minum air sahaja mampu mengekalkan kelembapan. Terdapat pelbagai kaedah lagi bagi memastikan badan kita sentiasa segar ketika berada di sana.
10 Tips Kekal Hidrasi
1. Minum Air Secara Konsisten
Pastikan anda sentiasa membawa botol air meskipun kemana-mana sahaja. Minum air dari botol tersebut secara berkala meskipun tidak berasa dahaga. Anda digalakkan untuk minum air sedikit demi sedikit tetapi secara kerap.
2. Pilih Air Bersih
Minum air yang telah dibotolkan atau daripada stesen air zamzam yang disediakan. Jangan sesekali minum air yang tidak diketahui puncanya kerana khuatir dengan jangkitan bakteria.
3. Elak Minuman Berkafein
Elakkan daripada mengambil minuman yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi seperti kopi, teh mahupun minuman bertenaga. Kandungan kafein yang tinggi akan menyebabkan badan kita mudah dehidrasi.
4. Minuman Isotonik
Banyakkan minum minuman isotonik atau jus buah-buahan bagi mengganti elektrolit yang hilang dalam badan ketika berpeluh.
5. Makan Buah-buahan Banyak Air
Buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, oren dan anggur. Buah-buahan ini mempu mengekalkan hidrasi dalam badan.
6. Guna Pelembap Pada Kulit
Tahukah anda sebenarnya kelembapan juga mampu menghilang daripada kulit? Oleh itu, pastikan anda sentiasa memakai losyen atau pelembap bibir.
7. Hindari Aktiviti Luar Ketika Terik
Elakkan juga daripada melakukan aktiviti di bawah panas terik. Pilih masa yang sesuai seperti di awal pagi mahupun ketika waktu petang bagi melakukan ibadah umrah.
8. Pakai Pakaian Longgar
Pakai pakaian yang longgar namun masih menutup aurat. Elakkan memakai pakaian yang tebal untuk mengelakkan daripada berpeluh secara berlebihan.
9. Rehat Di Tempat Teduh
Sekiranya berada di tempat yang terlalu panas, pilih satu tempat rehat yang teduh atau kawasan yang berdingin hawa untuk elak daripada dehidrasi.
10. Bawa Garam Rehidrasi Oral ( ORS)
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti pening, sakit kepala atau keletihan berlebihan, anda perlu makan sedikit garam bagi menambah semula elektrolit yang telah hilang.
Pastikan badan kita kekal hidrasi untuk memudahkan kita dalam urusan ibadah umrah. Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik!
Follow akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram, TikTok, Whatsapp dan Telegram.
Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini