Atasi Jet Lag! Ikuti Tips Ini Untuk Menyesuaikan Diri Ketika Travel

Pernah dengar tak mengenai Jet lag? Kalau nak tahu, jet lag merupakan satu keadaan di mana berlaku gangguan terhadap pola tidur disebabkan perjalanan yang melintasi beberapa zon waktu. Perkara kebiasaanya akan berlaku kepada individu yang melancong atau bergerak ke luar negara.

BACA: Jangan Runsing, Ini Tips Mudah Melancong Sambil Bawa Anak

Gangguan ini terjadi disebabkan pola tidur kita tidak selaras dengan waktu setempat destinasi. Sebagai contoh, badan kita mungkin sudah terbiasa tidur jam 10 malam di Malaysia. Namun, ketika bercuti di England, badan kita akan berasa sukar untuk tidur kerana zon waktu yang berbeza. Jadi, jom kita semak beberapa tips untuk atasi masalah ini.

Tips Kurangkan Jet Lag

atasi-jet-lag-ikuti-tips-ini-untuk-menyesuaikan-diri-ketika-travel

1. Aturkan Jadual Tidur

Semak dahulu mengenai perbezaan zon waktu kepada tempat yang hendak dituju. Sebelum melancong keluar, anda boleh menyesuaikan diri beberapa hari dengan tidur mengikut zon waktu di sana. Ini akan membantu anda untuk menyesuaikan diri ketika berada di sana.

atasi-jet-lag-ikuti-tips-ini-untuk-menyesuaikan-diri-ketika-travel

2. Cahaya Matahari

Setelah anda ke destinasi, pastikan anda sentiasa berada di luar mahupun berjemur di bawah cahaya matahari. Ini akan memastikan anda untuk kekal segar dan menolong anda daripada menjadi terlalu letih.

atasi-jet-lag-ikuti-tips-ini-untuk-menyesuaikan-diri-ketika-travel

3. Minum Air

Selain menghidrasikan badan, minum air juga mampu meningkatkan tenaga serta mengurangkan sakit kepala. Tahukah anda bahawa minum air ini juga mampu mengawal emosi? Keletihan Jet lag mampu membuatkan badan kita terasa cepat marah. Oleh itu, pastikan anda minum air yang banyak bagi mengawal agar tetap stabil dan positif.

atasi-jet-lag-ikuti-tips-ini-untuk-menyesuaikan-diri-ketika-travel

4. Tidur Sementara

Sekiranya berasa terlalu letih, anda digalakan untuk tidur sementara (nap) selama 20-30 minit. Ini akan membantu anda untuk mengurangkan kelesuan setelah berada terlalu lama ketika penerbangan. Pastikan tidur anda hanya sementara sahaja atau anda tidak dapat tidur di malam hari pula.

atasi-jet-lag-ikuti-tips-ini-untuk-menyesuaikan-diri-ketika-travel

5. Aktiviti Fizikal

Lakukan aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki dan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Selain menghilangkan letih Jet lag, anda juga boleh melawat kawasan yang baru ketika bercuti.

Menarik bukan tips kali ini? Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik! Follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagramTikTok, Whatsapp dan Telegram.

Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *