Kenapa Jarak Hotel Itu Penting Dalam Pakej Umrah?

Sering kali kita dengar tentang jarak hotel yang ditawarkan dalam Pakej Umrah di luar sana. Ada yang menjanjikan Pakej Umrah murah tetapi jarak hotel yang agak jauh. Ada juga yang menjanjikan jarak hotel yang dekat tapi mempunyai harga yang tinggi.

BACA: Umrah Musim Panas VS Umrah Musim Sejuk

Agaknya penting sangat ke jarak hotel nak ke masjid ni? Ha, jom Al Ridzuan kali ini akan kongsi 3 kepentingan dalam memilih jarak hotel yang sesuai dengan anda. Jom, semak!

3 Kepentingan Jarak Hotel Dengan Masjid

1. Menjimatkan Masa

Dalam ketika kita sedang beribadah, sudah tentu kita tidak mahu dalam keadaan tergopoh gapah ketika melakukannya. Di sinilah jarak hotel memainkan peranan yang penting. Buat mereka yang mahukan ibadah lebih sempurna tanpa terlalu penat, kami merekomendasikan jarak hotel yang dekat dengan masjid untuk lebih selesa.

Sebagai contoh, buat jemaah yang inginkan solat Jumaat atau Subuh di Masjidil Haram, kami mengalakkan jemaah untuk memilih jarak hotel yang dekat. Jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk ke masjid bagi mengejar waktu solat.

2. Kurangkan Keletihan

Ramai mengetahui bahawa setiap umat Islam digalakkan untuk mengerjakan Umrah bagi yang berkemampuan. Berkemampuan di sini tidak dinilai sebagai harta semata-mata. Kesihatan diri juga adalah salah satu kemampuan yang diharuskan. Buat jemaah yang merupakan warga emas mahupun mempunyai penyakit yang membantaskan pergerakan, pemilihan jarak hotel ke masjid juga adalah penting.

Jemaah yang mempunyai kemampuan untuk membayar lebih, kami amat-amat menggalakkan untuk anda mengambil hotel yang berdekatan masjid. Selain memberi keselesaan beribadah, ini juga memberi peluang kepada jemaah untuk tidak berasa terlalu letih dalam menjalankan Umrah.

3. Keselamatan Jemaah

Buat jemaah wanita yang keluar sendirian atau bersama saudari yang lain, jarak hotel yang dekat juga mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik. Di dunia ini, tak semua orang adalah orang yang baik termasuklah yang berada di Tanah Haram. Oleh itu, hotel yang berjarak dekat membolehkan jemaah-jemaah terutama sekali buat jemaah wanita untuk pergi balik dalam keadaan yang lebih selamat.

Jadi yang mana lebih baik? Ha, kalau nak tahu kami juga menyediakan pakej Umrah Safwah Tower tau yang mana jarak hotel hanya 50 meter sahaja ke masjid! Jom umrah bersama kami!

Klik website rasmi kami dan follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagramTikTokWhatsapp dan Telegram.

Penuhi Impian, Cipta Kenangan

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *