Umrah Musim Panas VS Umrah Musim Sejuk

Sebut sahaja tentang umrah musim panas dan juga musim sejuk mesti kita tertanya, adakah terlalu ketara perbezaan antara kedua musim ini.

BACA: Kenapa Perlu Jaga Adab Ketika Tunaikan Umrah?

Ada yang mengatakan cuaca musim sejuk adalah terlalu melampau, tapi ada juga yang kata musim sejuk juga waktu yang terbaik untuk beribadah. Hm, yang mana agakanya lebih baik? Jom kita semak perbezaan mereka!

Beza Umrah Musim Panas & Sejuk

umrah-musim-panas-vs-umrah-musim-sejuk

1. Cuaca dan Suhu

Ketika musim panas biasa, cuaca dan suhu di sekitar Tanah Arab boleh mencapai hingga 45°C. Buat jemaah yang tidak biasa dengan cuaca panas ini boleh jadi satu perkara yang mencabar buat mereka. Manakala, cuaca musim sejuk pula hanya sekitar 15°C dan 25°C.

2. Keperluan Pakaian

Ketika musim panas, jemaah dinasihatkan memakai pakaian yang nipis dan berwarna cerah bagi mengurangkan rasa panas. Namun, jemaah perlu membawa pakaian yang lebih tebal seperti jaket dan selimut ketika musim sejuk disebabkan angin yang dingin terutama pada waktu malam.

3. Keselesaan Ketika Umrah

Ketika musim sejuk, jemaah tidak perlu risau tentang masalah hidrasi yang berlebihan dan lebih selesa untuk mengerjakan ibadah umrah. Umrah di musim panas pula memerlukan pelindungan tambahan seperti payung dan air yang kerap untuk mengelakkan dehidrasi.

4. Kos dan Promosi

Meskipun keadaan untuk menunaikan umrah itu lebih selesa ketika musim sejuk, namun kos dan harga pakej agak tinggi berikutan dengan musim cuti sekolah di beberapa negara berbanding musim panas. Umrah musim panas pula menawarkan harga yang lebih murah berikutan kurang popular.

Jadi yang mana lebih baik? Musim panas atau musim sejuk? Itu semua adalah bergantung terhadap kemampuan seseorang dalam menjalankan sesuatu ibadah mengikut musim.

Psst, tahukah anda kami juga menyediakan pakej umrah yang sangat berbaloi dengan harga yang murah. Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik! 

Follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagramTikTokWhatsapp dan Telegram.

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *