Sebelum berangkat menunaikan ibadah di Tanah Suci, jemaah diwajibkan untuk menghadiri kursus umrah bagi mempelajari ilmu ketika berada di sana. Salah satu perkara wajib yang perlu dipelajari merupakan 13 Larangan Ihram.
BACA: 10 Tips Kekal Hidrasi Ketika Menunaikan Umrah
Larangan-larangan ini adalah bertujuan menjaga kesucian diri bagi melaksanakan ibadah Umrah mahupun Haji dengan sempurna. Jemaah perlu mengikut pantang larang tersebut bagi mengelakkan dari dikenakan dam. Jadi, jom kita semak 13 pantang larang tersebut!
13 Larangan Ihram

1. Pakaian Berjahit
Ketika melaksanakan Umrah, kaum lelaki dilarang untuk memakai pakaian yang berjahit atau pakaian biasa. Pastikan dua helai kain ihram yang dipakai adalah tidak berjahit.
2. Tutup Kepala
Buat lelaki yang selalu memakai kopiah atau serban, pastikan anda tidak memakainya ketika dalam ihram. Kepala perlu dibiarkan terbuka sepanjang masa anda melakukan umrah.
3. Sarung Tangan atau Muka
Buat wanita pula, pastikan anda tidak memakai sarung tangan atau penutup wajah seperti niqab dan burqa. Muka dan pergelangan tangan harus dibiarkan terbuka.
4. Wangi-wangian
Hati-hati juga dengan semburan minyak wangi. Pelbagai jenis bahan yang mempunyai wangian seperti semburan, deodorant atau minyak rambut sekali pun adalah dilarang. Pastikan beg dan kain ihram juga bebas dari sebarang wangian.
5. Potong Kuku
Potong kuku ketika masih dalam ihram adalah dilarang sama sekali.
6. Cabut Bulu atau Rambut
Bulu atau rambut yang jatuh gugur sendiri adalah dimaafkan. Namun, sekiranya kita melakukan dengan sengaja adalah dilarang dan boleh dikenakan dam.
7. Buru atau Bunuh Binatang
Jangan sesekali kita memburu atau mencederakan binatang liar ketika masih berada dalam keadaan ihram.

8. Petik atau Potong Tumbuhan
Selain binatang, tumbuhan juga tidak dibenarkan untuk dicabut secara sesuka hati.
9. Nikah atau Wali Nikah
Melakukan perkara nikah sama ada akad, tunang mahupun jadi wali adalah dilarang sama sekali jika berada dalam keadaan ihram.
10. Hubungan Suami Isteri
Sebarang hubungan intim suami isteri adalah dilarang semasa berihram.
11. Kata-kata Mesra
Kata-kata mesra yang menggoda dan membawa kepada hubungan intim adalah dilarang sama sekali.
12. Maksiat dan Gaduh
Perbuatan ini bukan sahaja dilarang malah dimurkai Allah SWT juga. Jadi, jangan berani-berani cuba untuk bergaduh ketika umrah. Tanamkan sahaja sabar yang tinggi ketika berada di sana.
13. Minyak pada Badan
Bukan sahaja rambut, badan juga tidak dibenarkan memakai sebarang minyak keran dikhuatiri mempunyai wangian.
Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik!
Follow akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram, TikTok, Whatsapp dan Telegram.
Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini
[…] BACA: 13 Larangan Ihram Yang Wajib Jemaah Ambil Tahu […]