Baling Batu Pada Syaitan, Ini Sejarah Sebenar Tentang Jamrah

Ketika musim Haji, sering kali kita mendengar mengenai melontar batu pada Jamrah. Tapi, apakah sebenarnya Jamrah ini dan mengapa kita perlu melontar batu padanya? Jom kali ini, Al Ridzuan akan kongsi serba sedikit mengenai sejarah sebenar tentang Jamrah.

BACA: Kisah Sebenar Tentang Batu Hajar Aswad Dicuri Oleh Qarmatian

Jamrah merupakan tiga tiang batu yang terdapat di Mina, Arab Saudi. Kawasan Jamrah ini digunakan oleh jemaah Haji dalam ibadah melontar bagi menyempurnakan rukun ibadah itu. Rukun ini disempurnakan bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim AS melontar batu kepada Syaitan Laknatullah.

Sejarah Jamrah

baling-batu-pada-syaitan-ini-sejarah-sebenar-tentang-jamrah

Melontar batu pada Jamrah ini adalah bagi mengingati Nabi Ibrahim AS mengusir syaitan yang menggoda baginda. Ketika itu, Nabi Ibrahim AS menerima perintah Allah SWT untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS. Dalam perjalanan bagi melaksanakan perintah tersebut, syaitan telah muncul di tiga tempat berlainan dan mula menggodanya.

Godaan syaitan adalah bagi menghalang Nabi Ibrahim AS untuk tidak mengorbankan anaknya dan meningkari perintah Allah SWT. Syaitan bertindak muncul di tiga tempat yang berbeza dan mula menggoda baginda. Menurut Ahli Sejarah Islam, Al-Azraqi berkata:

Ketika dia (Ibrahim) meninggalkan Mina dan dibawa turun ke al-Aqabah, syaitan menampakkan diri kepadanya di tapak Jamrah pertama (iaitu, al-‘Aqabah). Jibril berkata kepadanya: “Rejam dia!” maka Ibrahim melemparkan tujuh batu kepadanya sehingga dia lenyap daripadanya.

Syaitan itu telah diusir setelah direjam dengan batu ketiga-tiga tempat tersebut. Oleh itu, rukun melontar di tiga jamrah ini dilakukan bagi memperingati peristiwa tersebut. Rukun ini dijalankan oleh jemaah Haji pada hari-hari Tasyrik selepas berwukuf di Arafah.

Dah dapat ilmu baru, jangan lupa untuk kongsi dengan rakan-rakan mengenai informasi menarik ini. Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik!

Follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagramTikTok, Whatsapp dan Telegram.

Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini

Mini Zamri
Mini Zamri
Articles: 36

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *