Awal Muharam tahun 2024 bakal tiba tak lama lagi. Tapi tahukah anda selain kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Madinah ke Mekah, banyak lagi fakta dan sejarah mengenainya? Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sebenarnya terdapat fakta yang lain berlaku ketika bulan yang baik ini. Jom kita check!
5 Fakta Awal Muharam
1. Hari Yang Banyak Fadhilat
Menurut Riwayat al-Bukhari, Ibn Abbas memberitahu bahawa puasa ketika Hari Asyura pada 10 Muharam mempunyai kelebihannya sendiri. Ibn Abbas berkata;
Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari hari yang lain melainkan hari ini – iaitu hari ‘Asyura
Riwayat al-Bukhari (2006)
2. Hari Nabi Musa AS Diselamatkan
Dalam al-Sahihain Ibn Abbas R.Anhuma berkata;
Rasulullah SAW tiba ke Madinah dan baginda dapati golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Kata mereka : Ini adalah hari yang mulia yang mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya pada hari ini. Hari ini juga Allah menenggelamkan firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran. Kata Rasulullah SAW : Aku lebih utama ke atas Musa berbanding mereka. Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut.
Riwayat Al-Bukhari (3397), Muslim (3/149-150)
3. Diampunkan Dosa Setahun Yang Lalu
Seroang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai puasa ‘Asyura, lalu Baginda menjawab;
Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu.
Riwayat Muslim (1162)
4. Terimanya Taubat Nabi Adam AS
Dalam kitab Al-Durr Al-Manthur karya Al-Imam Al-Suyuthi , sebuah riwayat dari Abdul Wahhab Al-Khaffaf, dari Sa’id, dari Qatadah berkata;
Kami berbincang bahawa hari yang Allah menerima taubat Adam padanya adalah pada hari ‘Asyura. Dan Adam diturunkan ke dunia juga adalah pada hari ‘Asyura.
Al-Durr Al-Manthur. Dar al-Fikr, 1/146
5. Kisah Nabi Nuh Dan Bubur ‘Asyura
Pada bulan Muharam ini, tidak terlepas juga mengenai bubur ‘Asyura yang dikatakan diambil dari peristiwa Nabi Nuh AS diselamatkan dari banjir besar. Kisah ini disebutkan dalam Kitab Nihayah al-Zain, kitab Nuzhatil Majalis dan kitab Jam’ul Fawaid.
Dalam kitab-kitab tersebut, diceritakan mengenai kapal Nabi Nuh AS berlabuh di Bukit Juudiy pada hari ‘Asyura, Nabi Nuh AS berkata;
Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S: “Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang.
Jadi berikut merupakan fakta yang menarik yang berlaku pada Awal Muharam. Walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa mengambil iktibar dari kisah-kisah yang berlaku untuk menjadi umat Islam yang lebih baik di masa akan datang.
Salam Awal Muharam buat semua pembaca, jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik! Follow akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram dan TikTok.
Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini