Pernah dengar mengenai sebuah bandar yang bernama Alexandria? Bandar yang juga dikenali sebagai Iskandariah ini terletak di Mesir dan mempunyai pelbagai sejarah dan rahsia yang tersembunyi. Jadi, jom kali ini kita akan mengupas beberapa fakta benar bagi bandar milik Alaxander The Great ini.
Fakta Alexandria

Diasaskan oleh Alexander The Great
Bandar Alaxendria ini telah diasaskan oleh Alaxender The Great. Alaxander merupakan seorang putera yang berasal daripada Macedonia. Setelah kematian bapanya, beliau diangkat sebagai raja dan Alaxander memulakan operasi ketenteraan bagi menawan beberapa kota yang lain. Pada 331 SM, kota Alexandria telah ditubuh dan menjadi pusat perdagangan yang berkembang dengan pesat.

Kota ilmu dan budaya
Disebabkan pertembungan budaya yang berbeza, Alexandria mempunyai gedung ilmu yang luas menceritakan sejarah bandar itu. Selepas kemangkatan Alexander The Great, kota itu ditawan oleh beberapa budaya yang lain termasuk Rom, Kristian dan Islam. Kini, Perpustakaan Alexandria mengandungi ribuan manuskrip kuno dan menjadi pusat intelektual dunia.

Keajaiban dunia kuno
Bandar ini juga mempunyai salah satu tujuh keajaiban kuno di dunia iaitu Mercusuar Alexandria. Mercusuar merupakan rumah api yang menjadi panduan navigasi bagi kapal-kapal yang ingin belajar ke Alexandria. Walau bagaimanapun, gempa bumi yang berlaku menyebabkan kemusnahan sepenuhnya pada binaan tersebut. Kini, sisa-sisa runtuhan Mercusuar boleh didapati di dasar laut berdekatan lokasi asalnya.

Mitos Serapeum
Alexandria mempunyai pelbagai binaan sejarah yang dipengaruhi banyak budaya termasuk Kuil Serapeum. Kuil ini dikatakan dibina khas buat dewa Serapis yang mempunyai kekuatan mistik. Malah ada juga yang mempercayai bahawa kuil ini mempunyai makhluk ajaib untuk melindungi khazanah dan rahsia di dalam kuil itu daripada orang luar.

Penaklukan Islam
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Bin al-Khattab , Alexandria telah ditawan oleh panglima Amr Ibn al-As. Penaklukan kota itu berjaya apabila Gabenor Cyrus bersetuju menyerahkan Alexandria kepada Amr Ibn al-As setelah dikepung berbulan-bulan oleh tentera Islam. Kekurangan bantuan luar kepada tentera Byzantine menjadi punca kekalahan Cyrus. Penaklukan itu telah menjadi titik peradaban Islam di Alexandria pada 642 M.
Jadi, sedemikian merupakan fakta yang menarik mengenai bandar Alexandria. Kalau nak tahu lebih banyak info dan sejarah yang menarik, jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours.
Follow juga akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram dan TikTok.
Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini