Negara kita cukup terkenal dengan makanan tradisi dari setiap negeri. Cukup dengan populariti Nasi Lemak, kali ini kita menyulusuri makanan tradisi yang jarang didengar jauh dari Sabah. Kalau ada makanan yang anda pernah cuba, jangan lupa komen di ruangan bawah tau!
Makanan Tradisi Sabah

1. Pinasakah
Hidangan yang anda lihat di atas merupakan makanan tradisi dari suku kaum Kadazan-Dusun. Bahan utama Pinasakah merupakan ikan basung serta takob-takob. Takob-takob merupakan sejenis asam kering yang juga dikenali sebagai Buah Asam Arui. Hidangan ini sangat popular di kalangan masyarakat Sabah dan sesuai dimakan bersama dengan nasi putih bersama sambal.

2. Barabbo
Disebabkan kepelbagaian suku kaum di negara kita, Barabbo atau Barobok adalah makanan tradisi kaum Bugis yang tinggal di Sabah. Hidangan ini merupakan sejenis bubur jagung yang sedap untuk dimakan terutama sebagai sarapan. Selain jagung, bahan-bahan lain seperti nasi dan ayam juga dimasukan ke dalam hidangan ini. Resepinya sangat mudah dan sesuai dimakan bersama sayur dan belacan.

3. Ambuyat
Makanan yang semakin popular iaitu Ambuyat kini mendapat perhatian dalam masyarakat kita. Hidangan tradisi Borneo ini diperbuat daripada bahagian dalam batang sagu yang berkanji. Rasanya yang kenyal dengan cara memakannya adalah unik. Ambuyat ini kemudian akan dimakan dengan sos mahupun bersama dengan lauk-pauk yang lain.

4. Bambangan
Tidak ramai yang mengenali buah di atas yang bernama Bambangan. Untuk pengetahuan, Bambangan merupakan sejenis buah mangga liar dan mempunyai bentuk yang berlainan daripada mangga biasa. Selain dimakan secara mentah, Bambangan ini juga boleh dijadikan sebagai acar mahupun sambal. Manakala di Sabah pula, rasanya yang unik membuatkan ia dimakan bersama dengan mi atau nasi.

5. Hinava
Makanan tradisi yang terakhir ini dikenali sebagai Hinava. Ia merupakan salad ikan tenggiri mentah yang dicampurkan halia, limau, daun kesum dan lain-lain. Rasanya segar dan pedas serta kaya dengan kandungan Omega-3. Makanan tradisi daripada suku kaum Kadazan Dusun ini sesuai untuk dijadikan sebagai pembuka selera atau dimakan bersama keropok.
Nak tahu lagi info yang menarik? Jangan lupa untuk lawati website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours.
Follow juga akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram dan TikTok.