Dalam istilah Arab, Haji memberi maksud “berangkat ke suatu tempat”. Manakala menunaikan Haji dan Umrah merupakan salah satu rukun Islam. Setiap tahun, umat Islam yang berkemampuan akan menunaikan Haji pada bulan Zulhijjah bagi menyambut seruan Allah SWT untuk menyempurnakan rukun Islam.
Tetapi, pernahkah terlintas dalam fikiran bahawa siapakah sebenarnya yang menunaikan Haji secara rasmi? Hari ini, Al Ridzuan akan kongsi fakta yang menarik mengenai sejarah Haji, jadi mari kita semak.
Orang Pertama Tunaikan Haji

Dalam Al Quran, Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim AS bersama anaknya Nabi Ismail AS untuk membina Kaabah. Dalam Surah Al Baqarah, Allah SWT berfirman;
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Surah Al-Baqarah : 127
Malah, Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al-Haj memerintahkan setiap umat Islam untuk menunaikan Haji dan menjadikan Baitullah itu sebagai Kiblat untuk beribadah.
وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
Surah Al-Haj: 26

Walau bagaimanapun, orang yang merasmikan haji yang pertama merupakan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya. Baginda serta sahabatnya telah berhijrah ke Madinah dan berjaya menakluki Makkah pada tahun 10 Hijrah (632M). Haji ini juga dikenali sebagai Haji Perpisahan, Ziarah Terakhir dan juga Hajjat-ul-Wida.
Buat para jemaah yang menunaikan Haji pada tahun ini, Al Ridzuan mendoakan agar para jemaah dapat pergi dan pulang dengan selamat. Lawati website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk info yang menarik dan follow akaun social media rasmi kami di Facebook, Instagram dan TikTok.