Tiga Peristiwa Sejarah Yang Berlaku Pada Bulan Zulhijjah

Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan bagi umat Islam yang jatuh pada tarikh 10 Zulhijjah. Tahukah anda sebenarnya terdapat tiga peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim yang menyebabkan tercetusnya perayaan ini? Ayuh, hari ini kami akan kongsikan tiga peristiwa bersejarah mengenai Aidiladha.

Peristiwa Bersejarah

tiga-peristiwa-sejarah-yang-berlaku-pada-bulan-zulhijjah

1. Peristiwa Pertama

Peristiwa pertama ini berlaku apabila Siti Hajar serta anaknya Nabi Ismail A.S telah diperintahkan oleh Allah SWT melalui Nabi Ibrahim A.S untuk tinggal di satu kawasan padang pasir yang tandus. Namun, siapa sangka bahawa padang pasir yang tandus kini merupakan tumpuan jutaan umat Islam kini menunaikan Haji dan Umrah iaitu Mekah.

tiga-peristiwa-sejarah-yang-berlaku-pada-bulan-zulhijjah

2. Peristiwa Kedua

Sudah semestinya ibadah korban sering dijalankan ketika sambutan Aidiladha. Namun, tahukah anda ibadah ini diambil bagi mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S . Menurut firman Allah SWT;

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ١٠٢

Maka ketika anaknya itu (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. InsyaAllah, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

As- Saffat : 102

Melihat keazaman Nabi Ibrahim yang sudi menyempurnakan perintah Tuhan meskipun mengorbankan anak kesayangannya, Allah SWT kemudian berfirman;

وَنَـٰدَيْنَـٰهُ أَن يَـٰٓإِبْرَٰهِيمُ ١٠٤ قَدْ صَدَّقْتَ ٱلرُّءْيَآ ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ ١٠٥ إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلْبَلَـٰٓؤُا۟ ٱلْمُبِينُ ١٠٦ وَفَدَيْنَـٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍۢ ١٠٧

Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar

As-Saffat : 104-107

Oleh itu, seluruh umat Islam di dunia kini mengerjakan ibadah korban ini bagi mengingati peristiwa keazaman Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S dalam mentaati perintah Allah SWT.

tiga-peristiwa-sejarah-yang-berlaku-pada-bulan-zulhijjah

3. Peristiwa Ketiga

Peristiwa ketiga merupakan peristiwa di mana Allah SWT telah mengutuskan Nabi Ibrahim A.S untuk membina kembali Kaabah. Bagi membukti rasa cinta dan patuh kepada Allah SWT, Nabi Ibrahim A.S serta anaknya, Nabi Ismail A.S membina semula Kaabah yang pernah runtuh akibat banjir dan taufan pada Zaman Nabi Nuh. Dalam pada masa yang sama, Allah SWT juga berfirman;

وَإِذْ جَعَلْنَا ٱلْبَيْتَ مَثَابَةًۭ لِّلنَّاسِ وَأَمْنًۭا وَٱتَّخِذُوا۟ مِن مَّقَامِ إِبْرَٰهِـۧمَ مُصَلًّۭى ۖ وَعَهِدْنَآ إِلَىٰٓ إِبْرَٰهِـۧمَ وَإِسْمَـٰعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِىَ لِلطَّآئِفِينَ وَٱلْعَـٰكِفِينَ وَٱلرُّكَّعِ ٱلسُّجُودِ ١٢٥

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat solat. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): “Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud”.

Al- Baqarah : 125

Secara kesimpulannya, Aidiladha merupakan hari di mana umat Islam memperingati ketaatan Nabi Ibrahim A.S dalam menyempurnakan perintah Allah SWT. Kalau nak tahu, Al Ridzuan Travel & Tour juga ada sediakan pakej korban yang menarik tau!

Boleh rujuk makluman di sini dan follow Facebook, Instagram dan TikTok kami!

Mini Zamri
Mini Zamri
Articles: 36

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *