Syukur kepada Allah Taala kita diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan lagi pada tahun ini. Setiap umat Islam telah diwajibkan untuk menjalankan ibadah puasa pada bulan yang suci ini. Tapi tahukah anda, cara kita berpuasa sebenarnya berbeza mengikut budaya masing-masing?
BACA: Tips Umrah Bajet: Cara Jimat Makan, Shopping & Pengangkutan
Hal ini berlaku disebabkan umat Islam kita sendiri mempunyai pelbagai bangsa dan lapisan umur. Ini membuatkan ibadah puasa mempunyai keunikkan yang tersendiri namun masih lagi mengikut hukum Islam yang sebenar. Kali ini, Al Ridzuan akan menerangkan sedikit perbezaan dalam menyambut ibadah puasa di Malaysia dan juga di Tanah Suci.
Perbezaan Ramadan

Waktu Berbuka & Sahur Yang Berbeza
Di negara kita, kebiasaannya kita akan berbuka puasa sekitar jam 7 hingga 7.30 malam (kecuali Sabah Sarawak). Namun, waktu berbuka di Tanah Suci adalah pula sekitar jam 6.30 hingga 7 malam. Ini juga berlaku ketika waktu Sahur di mana kebanyakkan penduduk Arab bersahur jam 4 pagi. Oleh itu, jemaah yang ingin menunaikan umrah dalam bulan Ramadan digalakkan untuk membiasakan diri dengan perubahan waktu di sana.
Suasana Solat Terawih
Kebanyakkan solat Terawih yang dijalankan di negara kita mempunyai rakaat yang berbeza. Ada yang hanya 8 rakaat malah ada yang 20 rakaat. Malah, waktu solatnya juga tidak begitu lama. Namun, berbeza pula di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di mana solat terawih sebanyak 20 rakaat bersama witir 3 rakaat dijalankan. Malah, bacaan imam juga adalah lebih panjang terutama dalam 10 malam terakhir.

Cuaca Ketika Ramadan
Ketika Ramadan, cuaca di negara kebanyakkan dilaporkan mempunyai cahaya matahari yang agak terik. Namun, tidak dinafikan lagi kita masih lagi diberi kesempatan untuk berteduh di bawah pepohon yang ditanam di sekitar tempat. Malah, kawasan tropika di negara kita juga memberikan suasana dingin dan udara sejuk jika dibadingkan di Tanah Arab. Di Makkah dan Madinah, udara di sana lebih kering dan panas dan boleh mencecah hingga 40°C!
Budaya & Cara Sambutan Ramadan
Sebut sahaja Ramadan sudah tentu negara kita menyambut bulan suci ini dengan penuh meriah. Kita dapat lihat sana sini bazar Ramadan yang dibuka dan menjual aneka jenis lauk pauk. Namun, di Tanah Suci pula, tiada bazar yang dibuka kerana penduduk di sana lebih memfokuskan untuk beribadah sahaja. Malahan, di sana berpusu-pusa orang ramai dalam memberi sedekah. Jadi tidak hairan, sekiranya ada jemaah yang lalu di kaki lima lalu tiba-tiba diberi makanan percuma.
Jangan lupa layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik! Follow akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram, TikTok, Whatsapp dan Telegram.
Penuhi Impian, Cipta Kenangan