Kalau nak pergi umrah, mesti kita tercari-cari pakej umrah yang berbaloi bukan? Kalau boleh nak beribadah dengan cara bajet dan jimat tapi kadang-kadang takut hingga menyusahkan diri sendiri pula ketika berada di sana.
BACA: Checklist Umrah 2025, Jangan Sampai Tertinggal!
Ha, jangan risau Al Ridzuan kali ini akan kongsi tips bajet buat jemaah yang bakal mengerjakan umrah tak lama lagi dari segi makan, shopping dan juga pengangkutan. Psst, sebelum tu saja kami nak share yang kami pun ada pakej umrah yang sangat berbaloi tau! Boleh klik di sini!
Tips Umrah Bajet

- Tips Jimat Makan
- Tahukah anda, di sana kadar harga makanan adalah berbeza mengikut tempat. Jadi kalau nak selamat cari sahaja pakej umrah yang termasuk dengan makan.
- Tambahan di Tanah Haram, kebanyakkan jemaah yang lain melakukan sabil makanan di masjid-masjid mahupun di tepi-tepi jalan. Jadi, manfaatkan sedekah makanan itu dengan sebaiknya.
- Jika hotel menyediakan dapur kecil, jemaah boleh membeli barangan runcit untuk masak.
- Untuk lebih jimat, jemaah boleh membawa makanan dari Malaysia. Jangan bawa makanan basah pula, nanti kena tahan dekat imigresen.

2. Tips Jimat Shopping
- Tips paling mudah adalah dengan membeli di pasar malam Madinah kerana ia lebih murah berbanding kedai dalam mall.
- Bandingkan harga dulu! Masuk sahaja beberapa kedai yang nampak menarik dan bandingkan harga. Time ini lah nak tunjukkan skill tawar menawar dengan Pak Arab di sana!
- Kalau nak beli barang, pastikan jemaah membeli dengan banyak baru boleh dapat harga borong!
- Fokus barang yang unik sahaja. Kalau rasa jubah, tasbih dan sejadah itu boleh dapat di Malaysia sebaiknya elakkan sahaja daripada membeli.

3. Tips Jimat Pengangkutan
- Jemaah boleh menggunakan bas percuma yang disediakan di Makkah dan Madinah. Kalau nak bergerak jauh boleh menggunakan tren Metro Makkah.
- Kalau rasa mampu untuk berjalan kaki, lebih baik sahaja berjalan kaki. Sebab itu kami sarankan untuk mengambil hotel yang berjarak dekat dengan masjid. Contoh pakej kami ini, hotel jarak 50 meter sahaja tau!
- Kalau boleh cuba elakkan dari menggunakan taxi yang tak pakai meter. Takut pula dikenakan caj yang mahal. Guna aplikasi Careem untuk dapatkan harga tetap.
- Tapi kalau nak lebih mudah, cari sahaja pakej umrah yang termasuk dengan tempat lawatan seperti Gua Hira’ dan Jabal Rahmah. Lagi jimat!
Umrah tak semestinya mahal jika jemaah bijak menguruskan perbelanjaan. Dengan tips jimat ini, anda boleh kurangkan kos tanpa menjejaskan keselesaan dan lebih fokus kepada ibadah.
Jangan lupa layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik! Follow akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram, TikTok, Whatsapp dan Telegram.
Penuhi Impian, Cipta Kenangan