Musim Haji telah tiba lagi! Tahukah anda, hukum menunaikan haji dan umrah ini wajib dilakukan sekali seumur hidup? Menurut pendapat Mufti Wilayah Persekutuan, ibadah ini diwajibkan bagi setiap orang Muslim Mukallaf yang berkemampuan.
Dalam kegembiraan kita berangkat untuk menziarahi Baitullah, perlu diingatkan buat jemaah untuk sentiasa menyemak barang yang perlu dibawa. Berikut merupakan senarai barang yang jemaah selalu terlupa sebelum berangkat ke sana.
Checklist barang Umrah

Tag Nama Bagasi
Situasi ini selalu berlaku apabila jemaah tidak sedar bahawa kebanyakkan bagasi yang digunakan adalah sama dengan jemaah lain. Bagi mengelakkan kekeliruan, pastikan jemaah selalu menanda bagasi sendiri dengan menggunakan luggage tag ataupun melekatkan sekeping kertas yang mempunyai maklumat diri. Paling penting, sentiasa ikut arahan daripada pihak Mutawif bagi melancarkan perjalanan kita untuk ke sana.

Beg Plastik Besar
Beg plastik besar seperti shopping bag amat berguna ketika berada di sana. Jemaah boleh menggunakan beg tersebut ketika membeli-belah. Jemaah juga boleh menggunakannya untuk membawa baju ke pusat dobi yang disediakan. Jadi, tak perlulah nak usung bagasi yang berat.

Botol Air Travel- Friendly
Yang ini juga merupakan salah satu barang yang jemaah selalu terlupa. Pastikan jemaah bawa botol air kosong sahaja kerana di sana, terdapat beberapa tempat di Mekah dan Madinah yang telah menyediakan air zam- zam secara percuma.

Pelembap
Cuaca di sana mempunyai udara yang kering dan panas. Jadi dinasihatkan buat para jemaah untuk membawa pelembap seperti moisturizer, lip balm, lotion dan heel balm. Pastikan bahan yang digunakan adalah neutral dan tidak mempunyai wangian ya!

Penyangkut Baju Boleh Lipat
Penyangkut baju juga merupakan barang yang selalu digunakan ketika berada di sana. Jemaah boleh menggunakannya untuk menyangkut telekung, tuala mandi mahupun pakaian basah untuk dikeringkan. Penyangkut baju trend terkini yang boleh dilipat memudahkan lagi jemaah untuk membawanya ke sana.
Jadi jangan lupa kongsikan senarai ini buat ahli keluarga mahupun sahabat handai yang bakal mengerjakan rukun kelima ini! Kalau nak tahu, Al Ridzuan Travel & Tour pun sediakan pakej umrah yang menarik tau!
Boleh rujuk makluman di sini dan follow Facebook, Instagram dan TikTok kami!