Elak Letih Ketika Ramadan! Ini Gaya Rasulullah SAW Ketika Puasa

Rasa letih ketika puasa? Rasa lesu di waktu tengah hari? Ha apa kita bulan Ramadan yang mulia ini kita ikut sunnah Rasulullah SAW dalam berpuasa.

BACA: 5 Tips Puasa Yang Ramai Tak Tahu, No 3 Tu Confirm Jadi!

Apapun, kita nak kongsi sedikit yang sebenarnya Al Ridzuan ni bukan takat ada pakej umrah sahaja tau, kami siap ada pakej perlancongan lagi tau! Harga berbaloi dengan pakej yang menarik, jadi jom tekan di sini.

Gaya Rasulullah SAW Puasa

elak-letih-ketika-ramadan-ini-gaya-rasulullah-saw-ketika-puasa

Berbuka dengan kurma dan air

Tahukah sebenarnya buah kurma itu kaya dengan gula semula jadi dan memberi tenaga segera selepas seharian berpuasa. Malah ia juga adalah sunnah untuk mengambil tiga biji kurma bersama segelas air suam. Menurut hadis:

Apabila seseorang kamu berbuka puasa, hendaklah dia berbuka dengan kurma kerana ia berkat. Jika tiada kurma, maka dengan air kerana ia suci.”

(HR Abu Daud & Tirmizi)

Jangan makan berlebihan

Tahu tak waktu berbuka puasa itu adalah waktu yang kita perlu menahan nafsu yang berlebihan sebab lapar? Ha, sebab kadang-kadang bila terlalu lapar, badan kita lebih cenderung untuk makan secara berlebihan. Oleh itu, ikutlah sunnah Rasulullah SAW yang makan hanya secukupnya sahaja.

“Tidak ada bekas yang lebih buruk yang diisi oleh manusia selain perutnya.”

(HR Tirmizi)

elak-letih-ketika-ramadan-ini-gaya-rasulullah-saw-ketika-puasa

Jangan Tangguh Untuk Berbuka Awal

Sebenarnya ada kebaikkan yang tersembunyi dalam sunnah berbuka awal. Apabila kita berbuka awal, kita mampu menyegerakan untuk menunaikan Solat Maghrib dan Terawih dengan awal. Ini mampu menunjukkan tanda ketaatan kepada perintah Allah SWT.

“Umatku akan sentiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”

(HR Bukhari & Muslim)

Berdoa Sebelum & Selepas Berbuka

Berdoa sebelum berbuka puasa adalah bagi memohon keberkatan rezeki dan berterima kasih kepada Nya. Malah berdoa sewaktu berbuka puasa juga ada waktu mustajab untuk berdoa. Baginda, Rasulullah SAW mengajarkan kita doa ini:

Doa Sebelum Berbuka:

“Allahumma inni laka sumtu, wa bika aamantu, wa ‘ala rizqika aftartu.”

“Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa, kepada-Mu aku beriman, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka.”

Doa Selepas Berbuka:

“Dzahabazh zhama’u wabtallatil ‘uruuqu wa tsabatal ajru in syaa Allah.”

“Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah tetap ganjaran insyaAllah.”

Berbuka puasa mengikut sunnah Rasulullah SAW bukan sahaja lebih sihat, tetapi juga lebih berkat. Dengan mengikuti tips ini, bukan sahaja kita dapat menjaga kesihatan tetapi juga mendapat ganjaran pahala.

Jangan lupa layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik! Follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagramTikTokWhatsapp dan Telegram.

Penuhi Impian, Cipta Kenangan

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *