5 Tips Puasa Yang Ramai Tak Tahu, No 3 Tu Confirm Jadi!

Sebut sahaja tentang puasa sudah tentu kita terfikir tentang menahan diri daripada makan dan minum di siang hari termasuk perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tapi tahu tak sebenarnya puasa Ramadan ini ada tips yang sangat mudah sebenarnya cuma tak ramai yang tahu.

BACA: Apa Beza Ramadan Di Tanah Suci Dengan Di Malaysia?

Sebelum kita kongsi tips puasa ini, Al Ridzuan Travel di sini nak beritahu bahawa kami sebenarnya ada menawarkan pakej umrah dengan hotel berjarak hanya 50 meter sahaja tau. Dah dekat, lengkap pula tu semua dengan satu harga! Tekan di sini untuk makluman lanjut!

Tips Puasa Yang Betul

5-tips-puasa-yang-ramai-tak-tahu-no-3-tu-confirm-jadi

1. Minum air dengan teknik 2-4-2

Tahukah anda sebenarnya kita tidak digalakkan meminum air dengan banyak ketika sahur? Sebaliknya anda boleh menggunakan teknik minum air dengan teknik 2-4-2! Teknik tersebut adalah:

  • 2 gelas selepas berbuka
  • 4 gelas antara terawih hingga sebelum tidur
  • 2 gelas waktu sahur

Teknik ini digunakan bagi mengelakkan kembung perut dan kekal hidrasi sepanjang hari!

5-tips-puasa-yang-ramai-tak-tahu-no-3-tu-confirm-jadi

2. Makan makanan ‘Slow Energy Release’

Dari makan makanan yang berat dan manis ketika sahur, cuba anda pilih makanan yang mempunyai karbohidrat yang kompleks dan berprotein tinggi. Sebagai contoh:

  • Oatmeal + Susu (kenyang lebih lama)
  • Telur + Roti Wholegrain (protein tinggi)
  • Kurma + Kekacang (tenaga berpanjangan)

Makanan jenis di atas adalah salah satu contoh makanan yang mampu memberi tenaga secara perlahan dan mengelak lapar secara cepat.

5-tips-puasa-yang-ramai-tak-tahu-no-3-tu-confirm-jadi

3. Jangan Lupa Ambil Garam

Selalu kita dengar mitos yang jangan makan makanan garam untuk elakkan dari haus bukan? Kalau nak tahu, sebenarnya mitos itu adalah salah! Garam diperlukan dalam badan bagi mengimbangi elektrolit. Sebenarnya ada sahaja makanan yang boleh dimakan bersama garam:

  • Pisang + Secubit Garam: Elakkan kekejangan otot
  • Telur rebus + Sedikit Garam : Stabilkan tekanan darah

5-tips-puasa-yang-ramai-tak-tahu-no-3-tu-confirm-jadi

4. Jangan tidur selepas sahur

Memang selepas bersahur kita rasa sangat ngantuk, tapi tahu tak sebenarnya kita boleh tidur tapi dengan cara yang betul. Pastikan kita tunggu selama 30 hingga 45 minit dahulu selepas bersahur. Hal ini kerana:

  • Bagi mengelakkan ulu hati & asid refluks
  • Penghadaman lebih lancar, tenaga lebih stabil
  • Tidak bangun kemudian dalam keadaan yang lesu

5-tips-puasa-yang-ramai-tak-tahu-no-3-tu-confirm-jadi

5. Berbuka dengan air suam bukan air sejuk!

Tahu tak sebenarnya minum air sejuk dengan perut yang kosong boleh menyebabkan perut kita ‘terkejut’ dan mempunyai risiko ketidakhadaman. Oleh itu, kita digalakkan minum air suam bersama kurma terlebih dahulu. Air suam membantu:

  • Lancarkan sistem pencernaan
  • Kurangkan risiko kembung
  • Kawal nafsu makan

Berpuasa bukan sekadar tahan lapar & dahaga, tapi kena bijak jaga pemakanan & kesihatan supaya lebih bertenaga. Cuba tips ini, confirm rasa beza!

Jangan lupa layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik! Follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagramTikTokWhatsapp dan Telegram.

Penuhi Impian, Cipta Kenangan

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *