Alhamdulillah, tak lama lagi pasti akan ada antara kita yang bakal mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci. Tapi agaknya apa yang perlu dibawa ke sana ye? Ha, kali ini kami sediakan checklist Umrah khas buat anda!
BACA: 13 Larangan Ihram Yang Wajib Jemaah Ambil Tahu
Agaknya kenapa checklist itu penting? Ini bagi mengelakkan daripada kita membawa terlalu banyak barang atau tertinggal barang sepanjang melaksanakan ibadah Umrah. Sebelum itu, nak promote sedikit yang kami menyediakan Pakej Umrah Safwah Tower Jarak 50 Meter sahaja dari Masjidil Haram! Klik di sini untuk makluman lanjut.
Checklist Umrah 2025

1. Dokumen Wajib
- Passport Antarabangsa (Masih sah 6 bulan sebelum berlepas)
- Visa Umrah
- Tiket Penerbangan Pergi & Balik
- Buku Suntikan Vaksin
- Salinan Kad Pengenalan & Sijil Nikah
2. Kelengkapan Ihram
- Kain Ihram (2 helai, boleh tambah sepasang lagi untuk spare)
- Tali Pinggang Ihram
- Sejadah Kecil
- Selipar Tawaf
3. Pakaian Harian
- Pakaian Longgar & Selesa (3-5 pasang)
- Telekung
- Seluar & Baju Serap Peluh
- Baju Sejuk Ringan ( Umrah Musim Sejuk)
- Stoking
- Sarung Tangan
- Tudung Sarung
- Kasut/ Sandal Yang Selesa
- Topi
- Payung
- Cermin Mata Hitam
- Penyangkut Baju Travel
4. Kit Kesihatan
- Paracetamol/ Panadol
- Ubat Batuk / Lozeng
- Vitamin C
- Ubat Sakit Urat
- Minyak Angin
- Plaster

5. Barang Kebersihan Diri
- Sabun & Syampu Tanpa Pewangi
- Ubat & Berus Gigi
- Deodoran Tanpa Bau
- Tisu Basah & Kering
- Losyen Pelembap Tanpa Pewangi
- Lip Balm
- Gunting Kecil (Tahlul)
6. Keperluan Gadget
- Telefon Bimbit (Pastikan aplikasi penting telah dimuat turun; Nusuk, Al Quran Pro)
- Powerbank
- Plug Universal
- Wayar Extension
7. Makanan & Keperluan Tambahan
- Biskut
- Mi Segera
- Roti Kering
- Minuman Sachet
- Madu Sachet
- Botol Air Kecil
- Set Sudu & Garfu
- Sambal Kering
Ha, nampak mudah sahaja kan tapi tahu tak sebenarnya ramai sahaja jemaah yang tertinggal perkara-perkara kecil ini. Jadi, jangan lupa save dan kongsi ilmu ini kepada orang ramai!
Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik! Follow akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram, TikTok, Whatsapp dan Telegram.
Penuhi Impian, Cipta Kenangan