7 Kesilapan Umrah Yang Selalu Jemaah Tak Terlepas Pandang

Sebut sahaja ibadah umrah, sudah tentu ada antara kita yang selalu berdoa agar diberi rezeki untuk beribadah kepadaNya. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada 7 kesilapan umrah yang jemaah selalu terlepas pandang sama ada dari segi persediaan mahupun ketika mengerjakannya.

BACA: Tips Mudah Kemas Barang Bagi Perjalanan Haji Dan Umrah

Jadi sebelum kita semak kesilapan itu, kami di sini nak kongsi sedikit bahawa Al Ridzuan Travel & Tours ada sediakan Pakej Umrah Safwah Tower dengan hotel jarak 50 meter sahaja tau! Klik di sini untuk makluman lanjut.

7 Kesilapan Umrah

7-kesilapan-umrah-yang-selalu-jemaah-tak-terlepas-pandang

1. Tidak Membuat Persiapan Dengan Betul

Terdapat segelintir jemaah yang hanya bergantung dengan mutawwif semata-mata dan tidak memahami rukun umrah dengan betul. Kesannya, ada yang tersalah niat, tersilap pergerakan tawaf dan sa’ie ataupun melanggar larangan Ihram. Jadi sebaiknya jemaah perlu menghadiri kursus umrah sekurang-kurangnya sekali sebelum berangkat. Kalau nak tahu Al Ridzuan pun adakan kursus umrah live percuma tau! Klik di sini!

7-kesilapan-umrah-yang-selalu-jemaah-tak-terlepas-pandang

2. Bawa Barangan Yang Tak Perlu

Kadang kala ada jemaah yang membawa terlalu banyak barang untuk berangkat ke sana sehingga ada yang tidak digunapakai. Lagi teruk ada juga yang sampai terlupa membawa barang keperluan! Jadi sediakan checklist umrah yang sesuai agar tidak tertinggal atau membawa barangan yang berlebihan.

3. Salah Pilih Kasut

Rukun Tawaf dan Sa’ie memerlukan aktiviti berjalan yang panjang. Oleh itu, pemilihan kasut adalah sangat penting. Buat jemaah lelaki pastikan selipar yang digunakan adalah selesa dan lembut. Jangan berkira untuk membeli kasut yang mahal. Lebih baik membayar lebih daripada berasa tidak selesa dan menganggu fokus kita sepanjang beribadah.

4. Tiada Adab Dan Kesabaran

Jemaah perlu diingatkan bahawa ibadah Umrah ini memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. Jangan terburu-buru dalam ibadah hingga menolak jemaah yang lain. Ingat, doa kepada Allah SWT untuk memberi kesabaran, Insyallah urusan Umrah kita dipermudahkan,

5. Salah Pakai Ihram

Ramai jemaah lelaki yang tersilap cara memakai ihram, ada yang tidak cukup ketat sehingga terlepas pula ketika melakukan tawaf! Oleh itu, pastikan anda telah berlatih dengan betul-betul ketika berada di rumah sebelum berangkat. Kalau nak tengok tutorial penuh cara pakai ihram, jemput klik di sini.

6. Kurang Minum Air Dan Makan

Dimaklumkan bahawa Makkah dan Madinah adalah Tanah Suci yang mempunyai cuaca yang agak panas dan kering. Pastikan jemaah minum air yang mencukupi dan jaga pemakanan bagi tidak cepat letih. Bawa botol air travel agar mudah untuk mengambil air zam-zam di mana-mana tempat ketika perlu.

7. Sibuk Bergambar Hingga Lupa Beribadah

Ada yang ke sana terlalu gembira hingga terlupa untuk beribadah. Ambil gambar yang secukupnya sahaja dan jangan sampai menganggu ibadah. Kami nasihatkan juga untuk melakukan aktiviti mengambil gambar itu selepas selesai Umrah sahaja.

Kesimpulannya, kesilapan-kesilapan itu mungkin nampak kecil tapi mampu menjejaskan kekhusyukkan ibadah kita. Nak tahu tips dan pakej Umrah yang menarik?

Klik website rasmi kami dan follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagramTikTokWhatsapp dan Telegram.

Penuhi Impian, Cipta Kenangan

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *