Acap kali kita dengar dan dinasihatkan untuk menjaga adab dan perilaku ketika melaksanakan Umrah. Tapi agaknya, kenapa kita diwajibkan untuk berbuat demikian ya?
BACA: 13 Larangan Ihram Yang Wajib Jemaah Ambil Tahu
Ha, bukan saja-saja kita perlu berbuat demikian tau! Sebenarnya ada satu hadis yang menjelaskan tentang kepentingan menjaga adab ini. Jadi jom sama-sama kita semak!
Jaga Adab Ketika Umrah
Merujuk kepada Hadis Riwayat Bukhari, Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Sesiapa yang melaksanakan ibadah haji semata-mata kerana Allah dan dia tidak menuturkan perkataan keji dan tidak melakukan kefasikan (keluar daripada ketaatan) maka dia akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih daripada dosa).”
Oleh itu, adalah penting buat kita yang menjadi tetamu Allah SWT untuk menjaga adab dan perilaku dalam mengerjakan ibadah. Selain bertakwa kepada Nya, kita juga dapat melatih diri untuk menjadi Muslim yang lebih baik.
angan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik!
Follow akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram, TikTok, Whatsapp dan Telegram.
Penuhi Impian, Cipta Kenangan