Bukti Batu ‘Si Tanggang’ Sebenarnya Wujud Di Dunia Nyata

Sebut sahaja kisah “Si Tanggang”, ramai antara kita mengetahui cerita anak yang disumpah menjadi batu disebabkan sikap derhaka terhadap ibunya.

BACA: Nak Hiking Gunung Bromo? Follow Senarai Tips Penting Ini Dahulu!

Tapi tahukah anda bahawa batu yang disumpah itu sebenarnya wujud di dunia nyata? Jom, kali ini Al Ridzuan akan kongsi mengenai batu sumpahan Si Tanggang ini!

Batu Sumpahan “Si Tanggang”

bukti-batu-si-tanggang-sebenarnya-wujud-di-dunia-nyata

Si Tanggang merupakan kisah rakyat yang terkenal di Asia Tenggara. Di Indonesia, Si Tanggang dikenali dengan nama Malin Kundang. Kisah penceritaannya juga adalah sama di mana Malin Kundang dibesarkan oleh ibunya di sebuah perkampungan yang kecil dan miskin.

Demi mengubah nasib mereka, Malin Kundang bertekad merantau bagi mencari rezeki. Berkat doa dan restu ibunya, dia menjadi seorang usahawan yang berjaya dan menikah dengan seorang wanita bangsawan.

Namun, sifat angkuh dan bongkak membuatkan dirinya melupakan ibu yang miskin. Satu hari, Malin tiba di pelabuhan kampungnya dan tidak mengakui dirinya sebagai anak. Dia merasa malu melihat keadaan ibunya yang fakir dan mengusir ibunya pergi.

bukti-batu-si-tanggang-sebenarnya-wujud-di-dunia-nyata

Ibunya kemudian berdoa kepada Tuhan untuk mengajar anak derhakanya itu. Ombak telah menghempas kapal Malin Kundang dengan kuat dan menukarkan dirinya menjadi sebuah batu.

Jika anda ke Indonesia, anda dapat lihat sendiri batu sumpahan anak derhaka tersebut. Batu yang mempunyai persis sosok manusia itu menjadi bualan orang ramai dan tumpuan pelancong buat masa kini.

Jadi, kalau anda nak lihat sendiri batu sumpahan itu, jom ikuti pakej pelancongan kami dengan harga yang sangat murah! Layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik.

Follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagramTikTokWhatsapp dan Telegram.

Penuhi Impian, Cipta Kenangan

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *