Bromo ialah satu tempat yang semakin popular pada ketika ini. Alam semula jadi yang memukau di samping permandangan gunung Bromo yang menarik hati mampu membuat sesiapa sahaja terpegun akan keindahannya.
BACA: Roro Anteng Dan Joko Seger, Lagenda Bromo Yang Masih Misteri
Penulisan kali ini akan berkongsi beberapa tips buat para pendaki yang ingin hiking di sana. Jadi, sediakan beg dan kasut anda! Jom kita follow perkongsian kita pada kali ini!
Tips Daki Gunung Bromo
1. Persiapan Fizikal
Paling penting pastikan diri anda dalam keadaan yang sihat dan bertenaga. Jangan sesekali cuba nak naik Gunung Bromo dalam keadaan kurang sihat. Kalau jadi apa-apa sewaktu nak naik nanti kan dah susah.
2. Pakaian Bersesuaian
Pakai pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti mendaki ini. Elakkan memakai pakaian yang terlalu tebal atau sukar untuk bergerak seperti hoodie atau jeans.
3. Kasut Yang Selesa
Kasut adalah faktor yang sangat penting sebelum memulakan pendakian. Cari kasut sukan yang selesa dan tebal agar tidak mencederakan kaki ketika mendaki Gunung Bromo. Kalau boleh, jangan cari kasut yang mahal, kalau rosak atau kotor nanti jangan marah ye.
4. Bawa Air Yang Cukup
Sediakan satu botol air untuk diminum selepas pendakian di atas. Kalau nak bawa makanan ringan seperti biskut juga digalakkan. Sekurang-kurangnya ada juga alas perut untuk dimakan apabila sampai puncak nanti.
5. Ikut Peraturan
Jangan sesekali mencuba untuk pergi ke cerun yang berbahaya. Ikut peraturan yang ditetapkan dan sentiasa dengar arahan oleh pemandu pelancong.
6. Hormati Alam
Sudah semestinya kita perlu sentiasa menghormati alam sekitar. Jaga kebersihan dan adab ketika berada di sana. Buat umat Islam, sudah tentu kita perlu menjaga kata-kata terutamanya ketika berada di kawasan hutan.
Kalau nak tahu, sebenarnya kami juga sediakan pakej untuk melancong ke sana tau! Layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik.
Follow akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram, TikTok, Whatsapp dan Telegram.
Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini