Ramai yang suka melancong ke sana sini naik kapal terbang bukan? Kadang kala masa yang diambil dalam kapal terbang itu hingga berjam-jam! Melancong jauh-jauh pun jangan sesekali kita untuk mengabaikan solat sebagai umat Islam.
BACA: 10 Tips Kekal Hidrasi Ketika Menunaikan Umrah
Jom, hari ini kami akan kongsi 10 tips untuk mengambil wuduk ketika menaiki kapal terbang. Psst, sebelum tu, jangan lupa untuk kongsi artikel dengan kawan-kawan juga tau.
Tips Ambil Wuduk Dalam Kapal Terbang
1. Ambil Wuduk Sebelum Naik
Cara yang paling mudah sekali adalah dengan mengambil wuduk sebelum menaiki pesawat. Ini sangat-sangat memudahkan bagi kita untuk terus bersolat tanpa perlu mengambil wuduk sekali lagi.
2. Guna Botol Spray
Sediakan botol spray kecil untuk memudahkan kita mengambil wuduk. Pastikan air mencukupi untuk membasahi anggota wajib wuduk sahaja dan mematuhi peraturan cecair dalam penerbangan (tidak lebih 100ml).
3. Pakai Tisu Basah
Selain botol spray, cara yang lebih mudah adalah dengan berwuduk dengan menggunakan tisu basah atau tuala lembap. Tisu basah membantu dengan mengelak pertumpahan air dan jangan sesekali buang merata setelah menggunakannya.
4. Guna Lavatory
Sekiranya anda menggunakan air mineral, anda digalakkan untuk menggunakan lavatory atau tandas kecil yang disediakan di dalam pesawat. Pastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak air dan jaga kebersihan di dalam lavatory itu.
5. Tayammum
Sekiranya kekurangan air, cara yang boleh digunakan adalah dengan bertayammum. Guna debu tayammum yang bersih dan tepuk debu tersebut tanpa menganggu penumpang lain dan ratakan pada muka dan tangan.
6. Kasut Mudah Buka
Pakai kasut mudah buka seperti sandal atau selipar bagi memudahkan anda untuk membuka dan memakai semula tanpa perlu bersusah payah.
7. Beritahu Kru Kabin
Sekiranya memerlukan bantuan, jangan berasa segan silu untuk memanggil kru kabin untuk meminta tolong. Kebiasaannya mereka akan memahami dan akan membantu dalam menyediakn ruang mahupun air untuk berwuduk.
8. Jaga Tingkah Laku
Sekali lagi, jangan sesekali kita menganggu penumpang yang lain dengan tingkah laku kita. Sebaliknya, beritahu mereka yang anda mahu mengambil wuduk agar mereka berasa tidak terlalu terganggu.
9. Rancang Perjalanan
Rancang waktu solat dan wuduk anda dengan bijak sekiranya penerbangan itu mengambil masa yang lama. Semak semual perbezaan zon waktu dan jadual penerbangan.
10. Jaga Kebersihan
Setelah selesai mengambil wuduk, pastikan anda mengelap kawasan air yang terkena air seperti di kerusi mahupun di lantai bagi menjaga kebersihan.
Sekali lagi, jangan lupa kongsi dengan rakan-rakan sekiranya artikel kali ini memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info dan tips menarik!
Follow akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram, TikTok, Whatsapp dan Telegram.