Pernahkah telinga anda berasa atau seperti tersumbat ketika berada di tempat tinggi? Agaknya apakah punca berlaku rasa yang sedemikian ya?
BACA: Atasi Jet Lag! Ikuti Tips Ini Untuk Menyesuaikan Diri Ketika Travel
Hal ini berlaku kerana struktur telinga tengah di belakang gendang telinga kita dipenuhi udara. Ruang ini menghubungkan bahagian belakang hidung dan tekak melalui satu tiub dikelali tiub Eustachian.
Punca Telinga Berdengung

Tiub Eustachian ini berfungsi sebagai pembantu untuk menyamakan tekanan udara dari luar ke dalam telinga. Ketika berada dalam keadaan normal, tiub ini akan terbuka dan tertutup untuk membenarkan udara keluar masuk bagi memastikan tekanan udara seimbang.

Namun, tekanan udara menjadi rendah ketika berada di tempat tinggi. Ini mengakibatkan tekanan udara dalam telinga menjadi lebih tinggi berbanding tekanan udara luar. Oleh itu, tiub Eustachian mengambil masa untuk menstabilkan tekanan tersebut dan menyebabkan kita berasa dengung.
Langkah Kurangkan Dengung

- Menelan atau menguap
- Cara yang paling mudah adalah dengan menguap atau menelan sesuatu. Ini akan merangsang otot tiub Eustachian untuk terbuka dan tertutup bagi menyamakan tekanan udara.
- Menguyah gula-gula
- Mengunyah gula-gula atau lozeng juga membantu otot itu untuk terbuka dan tertutup dengan lebih kerap.
- Teknik Manuver Valsava
- Teknik pernafasan ini merupakan salah satu kaedah bagi mengurangkan dengung dalam telinga. Anda boleh melakukannya dengan kaedah seperti berikut:
- Tarik nafas dalam-dalam dan tahan selama beberapa saat.
- Tahan selama 5-10 saat apabila otot anda berasa ketat.
- Hembus nafas anda dan tarik nafas sekali lagi dengan lebih cepat.
- Bernafas seperti biasa.
- Teknik pernafasan ini merupakan salah satu kaedah bagi mengurangkan dengung dalam telinga. Anda boleh melakukannya dengan kaedah seperti berikut:
- Penggunaan Ubat Semburan Sinus
- Jika berasa kesesakan nafas, anda boleh menggunakan ubat semburan sinus juga bagi mengurangkan rasa tersebut. Pastikan anda mendapatkan nasihat pakar juga.
Menarik bukan info kali ini? Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info dunia.
Follow akaun media rasmi kami di Facebook, Instagram, TikTok, Whatsapp dan Telegram.
Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini