Saksi Cinta Ditolak, Ini Adalah Hikayat Meriam Puntung

Tahu tak anda tentang sebuah hikayat lama yang bernama Meriam Puntung? Hikayat ini merupakan sebuah cerita lagenda yang berasal daripada Medan, Indonesia. Diceritakan bahawa Meriam yang terbahagi kepada dua ini merupakan saksi cinta Raja Aceh ditolak oleh Puteri Hijau.

Hikayat Meriam Puntung

saksi-cinta-ditolak-ini-adalah-hikayat-meriam-puntung

 

Pada 1612, Kerajaan Haru yang terletak di Deli sedang berperang bersama Kerajaan Acheh. Terdapat tiga anak raja pada ketika iaitu Mambang Yazid, Puteri Hijau dan Mambang Khayali. Dikatakan bahawa peperangan ini tercetus dek kerana pinangan Raha Aceh Sultan Iskandar Muda ditolak oleh Puteri Hijau.

Menurut Detik.com, Mambang Khayali berubah menjadi sebuah meriam sakti dan menyerang pasukan Acheh. Oleh kerana terlalu panas, meriam tersebut terbelah dua dan separuh daripadanya terbang ke Kabupaten Karo. Walau bagaimanapun, Kerajaan Haru menghadapi kekalahan ketika bertempur dan Puteri Hijau dibawa pulang ke Acheh.

 

saksi-cinta-ditolak-ini-adalah-hikayat-meriam-puntung

 

Dalam perjalanan pulang, Puteri Hijau meminta keranda kaca, bertih dan juga telur. Permintaan tersebut dituruti oleh Sultan Acheh dan Puteri Hijau dibawa belayar melalui Sungai Deli. Sepanjang perjalanan, Puteri Hijau berada di dalam keranda kaca tersebut. Puteri tersebut meminta Sultan Aceh memerintahkan rakyatnya melempar sebutir telur dan bertih ke dalam laut.

Seketika kemudian, muncul ombak yang kuat dan seekor naga raksasa keluar dari laut dan menyerang kapal-kapal Sultan Acheh. Naga tersebut dikatakan merupakan jelmaan Mambang Yazid, abang kepada Puteri Hijau. Puteri yang berada di dalam kaca akhirnya hilang di dalam dasar lautan.

 

saksi-cinta-ditolak-ini-adalah-hikayat-meriam-puntung

 

Hingga kini, separuh daripada meriam yang patah tersebut dijadikan bahan pameran di Istana Maimun Medan. Malah ada juga pengunjung yang mendakwa mereka mendengar bunyi air terjun dan derapan kuda dari meriam tersebut. Jadi, sesiapa sahaja yang melawat Medan jangan lupa untuk melihat sendiri keunikan meriam ini tau.

Oh, kami juga sediakan pakej bercuti ke Medan dengan harga yang sangat menarik! Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik! Follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagramTikTok, Whatsapp dan Telegram.

Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *