Tips Belanja Makan Secara Bajet Ketika Melaksanakan Umrah

Acap kali kita dengar mengenai masalah yang dihadapi jemaah ketika melaksanakan umrah. Masalah yang sering dihadapi oleh para jemaah selalunya dari segi kekurangan bajet dan wang. Malah, ada yang terpaksa mengikat perut ketika berada di sana. Perkara tersebut haruslah dihindar dengan segera kerana kita memerlukan banyak tenaga dalam melaksanakan ibadah ini. Jom, Al Ridzuan kali ini akan kongsi beberapa tips untuk berbelanja secara berhikmah dari segi makan.

Tips Belanja Makan

tips-belanja-makan-secara-bajet-ketika-melaksanakan-umrah

1. Bawa Makanan Dari Rumah

Langkah mudah dalam berjimat adalah dengan membawa makanan sendiri dari rumah. Makanan kering seperti biskut, mi segera, roti mahupun stik air minuman boleh dibawa di dalam bagasi. Malah, pihak hotel juga menyediakan air minuman dan air panas untuk digunakan. Jadi, kalau lapar tengah-tengah malam itu, boleh sahaja makan makanan yang dibawa.

tips-belanja-makan-secara-bajet-ketika-melaksanakan-umrah

2. Makan Di Tempat Yang Murah

Kebanyakan Mutawif yang membawa jemaah ke sana lebih arif mengenai jalan dan restoran yang menjual makanan tempatan. Oleh itu, jangan segan silu untuk bertanya kepada mereka mengenai restoran yang murah. Kalau nasib baik, anda boleh dapat diskaun ketika membeli makanan tahu!

tips-belanja-makan-secara-bajet-ketika-melaksanakan-umrah

3. Beli Di Pasar Raya

Pasar-pasar tempatan seperti Bin Dawood atau Carrefour selalu menawarkan barang yang mempunyai harga lebih murah berbanding kedai-kedai biasa. Jemaah boleh membeli makanan segera, roti mahupun buah-buahan sekiranya berada di sana. Malah, kedai makanan segera seperti Al Baik dan Al Tazaj juga tawar makanan segera yang berpatutan.

tips-belanja-makan-secara-bajet-ketika-melaksanakan-umrah

4. Bawa Botol Air Sendiri

Perkara yang paling penting pastikan jemaah sentiasa membawa botol air sendiri ketika bergerak ke mana-mana. Hal ini kerana pihak Arab Saudi telah menyediakan beberapa stesen air zamzam di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Oleh itu, jemaah dibenarkan untuk mengisi air dan minum secara percuma. Pastikan jemaah minum habis ya, jangan sesekali membazirkan air tersebut.

tips-belanja-makan-secara-bajet-ketika-melaksanakan-umrah

5. Kongsi Bersama Jemaah Lain

Sekiranya jemaah pergi secara berkumpulan, adalah digalakan untuk berkongsi makanan bersama. Hal ini kerana membeli beberapa hidangan besar akan menjadi lebih jimat untuk dikongsi bersama. Dalam pada masa yang sama, jemaah juga boleh berjumpa dan berkenalan dengan saudara baru.

Menarik bukan tips kita kali ini? Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik!

Follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagramTikTok, Whatsapp dan Telegram.

Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *