Jangan Runsing, Ini Tips Mudah Melancong Sambil Bawa Anak

Hati ini sering sahaja ada keinginan untuk melancong bukan? Tapi, bila fikirkan balik dengan anak yang masih kecil rasa sedikit sukar untuk pergi ke mana-mana. Jangan risau, Al Ridzuan kali ini akan kongsi beberapa tips mudah untuk ibu bapa melancong bersama anak kecil.

Tips Melancong Bawa Anak

jangan-runsing-ini-tips-mudah-melancong-sambil-bawa-anak

1. Bawa kereta sorong ringkas

Tahukah anda bahawa kereta sorong yang ringan dan ringkas adalah lebih sesuai digunakan berbanding yang berat? Hal ini kerana, kereta sorong itu lebih menjimatkan ruang dan memudahkan perjalanan untuk dibawa ke mana-mana. Jadi, pastikan anda membuat pilihan yang bijak dalam membeli kereta sorong buat si kecil.

jangan-runsing-ini-tips-mudah-melancong-sambil-bawa-anak

2. Senaraikan barang anak

Untuk memastikan tiada barang anak tertinggal, sediakan satu senarai barang milik anak ketika mengemas beg. Pastikan anda membawa barang yang penting seperti ubat-ubatan, mainan, makanan ringan dan sebagainya. Ini untuk memastikan anak anda untuk tidak terlalu bosan ketika berada di dalam perjalanan.

jangan-runsing-ini-tips-mudah-melancong-sambil-bawa-anak

3. Pilih baju sama

Bagi yang mempunyai ramai anak, kami menasihatkan untuk anda memilih pakaian yang mempunyai sama warna mahupun corak yang sama. Hal ini akan membantu anda untuk mengesan sekiranya salah seorang daripada mereka hilang mahupun bergerak terlalu jauh.

jangan-runsing-ini-tips-mudah-melancong-sambil-bawa-anak

4. Pakaikan anti-lost band

Terbaru, beberapa syarikat telah memperkenalkan gegelang yang memastikan anak anda tidak berlari terlalu jauh. Anti-lost band ini sangat sesuai digunakan buat anak yang lincah dan aktif bergerak ke sana sini. Selain mengelak dari terlepas pandang, ia juga melindungi anak kita daripada diculik.

jangan-runsing-ini-tips-mudah-melancong-sambil-bawa-anak

5. Kawal emosi

Paling penting, kita perlu ingat balik niat untuk kita bercuti bersama anak-anak. Kadang-kala sikap anak yang terlalu hyper membuatkan kita gagal mengawal emosi. Jadi, cuba bersabar dengan lebih banyak bagi memastikan percutian tersebut menjadi memori indah buat semua.

Semoga tips yang kami kongsikan kali ini bermanfaat kepada semua. Jangan lupa untuk layari website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk lebih banyak info menarik! Follow akaun media rasmi kami di FacebookInstagram dan TikTok.

Al Ridzuan Di Hati, Kembara Syariah Masa Kini

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *