Senarai Aplikasi Yang Wajib Ada Untuk Travel Luar Negara

Seronoknya kalau dapat bercuti dan melancong ke luar negara. Lagi seronok apabila kita sendiri dapat merasa keunikan budaya luar di samping merehatkan minda. Sebelum itu, ada beberapa aplikasi yang wajib anda muat turun dahulu sebelum ke mana-mana.

Aplikasi Wajib Ada Waktu Melancong

senarai-aplikasi-yang-wajib-ada-untuk-travel-luar-negara

Google Translate

Melawat ke tempat baru bererti bahasa yang berbeza akan diguna pakai di tempat tersebut. Dalam erti kata lain, kita perlu sedikit sebanyak mempelajari dan memahami bahasa luar. Kini, pelbagai aplikasi yang boleh guna untuk bertutur dengan orang luar. Contohnya Google Translate boleh digunakan dalam laman web mahupun dimuat turun sebagai aplikasi. Google Translate ini akan membantu kita untuk berkomunikasi dengan orang luar sebagai penterjemah.

senarai-aplikasi-yang-wajib-ada-untuk-travel-luar-negara

Qibla Finder

Buat para Muslim di luar sana, sudah tentu kita akan berasa ragu-ragu mengenai arah Kiblat terutama sekali ketika berada di hotel. Jangan risau, pihak Google telah memperkenalkan servis mencari arah Kiblat dengan Qibla Finder. Servis ini sesuai digunakan dalam telefon pintar mahupun tablet. Hanya perlu cari laman web Qibla Finder di Google dan servis ini akan membantu anda untuk mencari arah kiblat.

senarai-aplikasi-yang-wajib-ada-untuk-travel-luar-negara

Mufko

Bagi yang ingin melancong ke Korea Selatan dan risau dalam mencari makanan halal, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Mufko di telefon pintar sahaja. Selain memberitahu restoran halal yang berdekatan, aplikasi ini juga membantu anda menyemak status halal makanan di kedai runcit Korea Selatan. Anda boleh lihat bahan-bahan yang terkandung dalam makanan tersebut sama ada halal atau haram menerusi aplikasi Mufko ini.

senarai-aplikasi-yang-wajib-ada-untuk-travel-luar-negara

Nusuk

Setiap jemaah wajib untuk memuat turun aplikasi Nusuk sebelum berangkat ke Kota Suci Mekah. Ini kerana aplikasi Nusuk akan membantu jemaah dalam membuat tempahan slot masa untuk memasuki Raudhah, Masjid Nabawi. Semua jemaah diwajibkan untuk memuat turun aplikasi ini kerana agak sukar untuk memasuki ke kawasan itu tanpa membuat sebarang tempahan.

senarai-aplikasi-yang-wajib-ada-untuk-travel-luar-negara

Map

Sudah semestinya kita memerlukan aplikasi peta untuk melihat arah perjalanan kita. Kini, banyak aplikasi penunjuk arah yang boleh dimuat turun seperti Google Map, Waze dan lain-lain. Namun, kami mengesyorkan untuk memilih Google Map kerana banyak negara yang menggunakannya berbanding aplikasi lain.

Anda ada aplikasi yang kami belum sebut? Boleh komen jawapan anda pada ruang di bawah dan biar kami tahu juga. Jangan lupa share info ini dan lawati website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk info yang menarik.

Follow akaun sosial media rasmi kami di FacebookInstagram dan TikTok.

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *