Perbezaan Takbir Mursal Dan Takbir Muqayyad

Ketika Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, takbir akan berkumandang di setiap masjid, rumah mahupun di kaca televisyen. Sebenarnya terdapat perbezaan antara takbir Aidilfitri dan juga Aidiladha. Takbir tersebut dinamakan Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad. Jom, kita semak apa perbezaan antara dua takbir ini.

Takbir Mursal Dan Muqayyad

perbezaan-takbir-mursal-dan-takbir-muqayyad

Takbir Mursal

Takbir ini dikenali sebagai Takbir Mutlak iaitu takbir yang tidak terikat dengan waktu solat. Kita disunatkan untuk melaungkan takbir ini pada kedua-dua malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Waktu untuk bertakbir adalah daripada masuknya waktu Maghrib malam raya hingga keesokan hari sewaktu Imam mengangkat takbir solat raya.

يُنْدَبُ التَّكْبِيرُ بِغُرُوبِ الشَّمْسِ لَيْلَتَيْ الْعِيدِ فِي الْمَنَازِلِ وَالطُّرُقِ وَالْمَسَاجِدِ وَالْأَسْوَاقِ بِرَفْعِ الصَّوْتِ، وَالْأَظْهَرُ إدَامَتُهُ حَتَّى يُحْرِمَ الْإِمَامُ بِصَلَاةِ الْعِيدِ

Disunatkan bertakbir dengan suara yang kuat setelah terbenam matahari pada malam kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) di rumah-rumah, jalanan, masjid, dan pasar-pasar. Menurut pandangan Muktamad, waktunya berterusan sehingga imam mengangkat takbir untuk melakukan solat sunat hari raya.

Imam Al-Nawawi

perbezaan-takbir-mursal-dan-takbir-muqayyad

Takbir Muqayyad

Bagi Takbir Muqayyad pula, takbir ini hanya disunatkan pada Aidiladha sahaja dan tidak ada pada Aidilfitri. Waktu untuk Takbir Muqayyad bermula lebih awal iaitu selepas solat fardhu Subuh Hari Arafah (9 Zuhijjah) dan berakhir pada waktu Asar Hari Tasyrik (13 Zulhijjah). Takbir ini disunatkan kepada semua umat Islam pada setiap jenis solat sama ada solat fardhu, qada, nazar dan lain-lain.

(وَالْأَظْهَرُ أَنَّهُ) أَيْ الشَّخْصُ ذَكَرًا كَانَ أَوْ غَيْرَهُ حَاضِرًا أَوْ مُسَافِرًا مُنْفَرِدًا أَوْ غَيْرَهُ

(يُكَبِّرُ فِي هَذِهِ الْأَيَّامِ) لِلْجِنَازَةِ، وَ (لِلْفَائِتَةِ وَالرَّاتِبَةِ) وَالْمَنْذُورَةِ (وَالنَّافِلَةِ) أَوْ الْمُقَيَّدَةِ وَذَاتِ السَّبَبِ كَتَحِيَّةِ الْمَسْجِدِ لِأَنَّهُ شِعَارُ الْوَقْتِ

(Menurut pandangan yang muktamad) lelaki atau selainnya, hadir, musafir, bersendirian atau berjemaah. Disunatkan untuk bertakbir pada hari-hari ini (hari raya Eidul Adha dan hari Tasyriq) untuk solat jenazah, qada, rawatib, nazar dan solat-solat sunat yang mempunyai sebab seperti solat sunat tahiyyah masjid kerana ianya (takbir muqayyad) ini merupakan syiar bagi waktu solat.

Imam Al-Khatib

Jadi dah dapat perbezaan antara dua takbir ini? Jangan lupa share info ini dan lawati website rasmi Al Ridzuan Travel & Tours untuk info yang menarik.

Follow akaun sosial media rasmi kami di FacebookInstagram dan TikTok.

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *