Ini Adalah Beza Antara Gua Thur Dan Gua Hira’

Sebut sahaja mengenai Gua Thur dan Gua Hira’, rata-rata antara kita yang akan mengingati akan dua gua yang menjadi saksi dalam Jihad Rasulullah SAW. Tapi, ada juga antara kita yang terlepas pandang mahupun tersilap dalam membezakan kedua-dua gua ini. Jom, kita semak apakah beza antara Gua Thur dan juga Gua Hira’

Gua Thur

ini-adalah-beza-antara-gua-thur-dan-gua-hira

Gua Thur merupakan gua berkerikil kecil yang terletak di Bukit Thur, Kota Mekah. Gua ini menjadi saksi ketika peristiwa Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar melarikan diri daripada orang kafir Quraisy. Diceritakan Nabi Muhammad SAW tertidur di pangkuan Abu Bakar kerana terlalu letih setelah memanjat bukit tersebut.

Ketika Baginda sedang tidur, kedua mereka didatangi oleh seekor ular. Abu Bakar bertindak menghalaunya namun dipatuk oleh ular tersebut. Kesakitan yang amat sangat menyebabkan jatuhnya air mata sahabat tersebut ke atas pipi Baginda. Rasulullah tersedar dari tidur lalu bertanya kepada Abu Bakar mengenai apa yang berlaku.

Setelah mengetahui hal yang sebenar, Baginda terus meludah kesan patukan tersebut dan mengusapnya. Maka, hilanglah bisa patukan itu dengan serta-merta. Itu merupakan salah satu mukjizat Rasul yang telah diberi oleh Allah SWT bagi membantu mereka ketika di saat getir.

Gua Hira’

ini-adalah-beza-antara-gua-thur-dan-gua-hira

Gua Hira’ merupakan gua yang terletak di gunung berhampiran Makkah, Arab Saudi. Gua kecil ini berketinggian 1.5 meter dengan kepanjangan kurang daripada 4 meter. Dalam Islam, Gua Hira’ dipercayai merupakan tempat persinggahan Muhammad SAW untuk ketenangan dan kesunyian yang diperlukan Baginda.

Pada malam Ramadan (610M), Nabi Muhammad SAW sedang bertafakur di dalam gua itu dan didatangi Malaikat Jibril AS. Jibril kemudian mengujar “Baca” sebanyak 3 kali kepada Rasulullah SAW, namun setiap permintaan itu dibalas dengan “Saya tidak boleh membaca” oleh Baginda. Pada waktu itu turunlah wahyu yang pertama kepada Baginda dengan ayat;

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ١ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ٢ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ٣

ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ٤ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ٥

Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Mencipta. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Baca! Dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar dengan pena, mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya

Surah Al Alaq Ayat 1-5

Demikian merupakan kejadian yang menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT.

Jangan lupa untuk kongsikan post ini sekiranya mendapati lmu yang baru. Jangan lupa lawati laman rasmi Al Ridzuan Travel and Tours  di sini untuk lebih banyak info menarik dan follow FacebookInstagram dan TikTok kami!

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *