Sebut sahaja mengenai piramid, rata-rata antara kita akan teringat akan binaan berbentuk segi tiga yang terletak di padang pasir. Tahukah anda bahawa satu bongkah piramid sahaja mampu mencapai berat hingga 30 tan. Tapi, agaknya siapa yang mampu membina piramid yang boleh sampai ketinggian 138.5 meter itu?
Sejarah Piramid
Idea Asal Piramid
Mengikut kajian, Piramid Djoser didakwa sebagai piramid Mesir yang pertama dan tertua di dunia. Idea asal pembinaan piramid berasal daripada seorang arkitek diraja, Imhotep. Pada ketika itu, Raja Djoser meminta Imhotep untuk menyiapkan makam buatnya sesudah beliau meninggal dunia.
Maka, tercetus idea dari Imhotep untuk membina makam besar buat rajanya dengan menyusun mastabas (struktur beratap rata dengan sisi condong) di atas satu sama lain dan mewujudkan piramid bertingkat yang pertama. Piramid itu kemudian menjadi makam yang besar dan merangkumi dinding batu kapur, kuil dan patung Raja Djoser.
Struktur Pembinaan
Pada 2013, Muzium Mesir di Cairo telah mempamirkan 6 daripada 30 papirus yang berusia 4,5000 tahun. Papirus itu dipercayai salah satu dokumen tentang kehidupan pekerja pelabuhan yang mengangkut bongkah batu kapur bagi pembinaan Piramid Giza.
Berdasarkan bukti itu, beribu-ribu pekerja telah dikerah bagi mengangkut 170,000 tan batu kapur menggunakan bot kayu melalui Sungai Nil. Satu bongkah batu kapur yang seberat 2.5 tan dibawa menyusuri sistem saluran yang dibina khas, sebelum tiba di pelabuhan darat yang dibina beberapa meter daripada pengkalan piramid. Papirus itu juga menceritakan mengenai kerja harian para pekerja yang mengangkut blok batu kapur dari Turah ke Piramid Giza.
Fakta Menarik Tentang Piramid
- Piramid Giza dianggarkan mempunyai 2.3 juta bongkah yang seberat antara 2 hingga 30 tan. Terdapat juga sesetengah bongkah yang mempunyai berat melebihi 50 tan.
- Kedudukan Piramid Giza terletak di tengah-tengah Pusat Jisim Bumi dan menghadap Kutub Utara.
- Piramid Giza mempunyai pintu pusingan (swivel door) seperti yang terdapat di hotel-hotel dan diperbuat daripada batu seberat 20 tan.
- Dikenali sebagai Piramid yang terbesar, Peramid Giza boleh dilihat daripada jarak sejauh gunung ganang di Palestin serta daripada angkasa lepas.
- Dinding bahagian luar piramid dilapisi batu kapur putih yang halus dan bahagian puncak dilapiskan emas. Piramid sepatutnya berkilau apabila terkena cahaya matahari, namun tidak lagi akibat penghakisan alam.
- Selain makam, segala bentuk kekayaan serta makanan boleh didapati di dalam piramid kerana masyarakat dahulu percaya bahawa barangan tersebut akan menemani si mati ke alam akhirat.
- Piramid Khufu, Khafre dan Menkaure dibina selari dengan gugusan bintang Orion.
- Setiap piramid dibina oleh pekerja yang mendapat upah dan bukannya daripada golongan hamba.
- Penyelidikan mendapati hampir 100 000 pekerja telah terlibat dalam kerja-kerja pembikinan piramid.
- Meskipun suhu padang pasir sangat panas, namun suhu di dalam piramid hanya 20 Celsius sahaja.
Siapa sangka rupanya banyak fakta yang menarik mengenai binaan sejarah ini. Kalau nak tahu, Al Ridzuan Travel & Tour juga ada sediakan pakej pelancongan yang menarik.
Boleh rujuk makluman di sini dan follow Facebook, Instagram dan TikTok kami.