Hidupkan Malam Arafah, Ini Beberapa Amalan Yang Boleh Dibuat

Ramai yang tahu bahawa Hari Arafah merupakan hari yang penting buat umat Islam. Pada hari itu, para jemaah Haji akan berwukuf di Padang Arafah dan berzikir serta berdoa sambil menghadap kiblat antara waktu Zuhur hingga Maghrib.

Manakala buat umat Islam yang tidak menunaikan Haji, Hari Arafah ini tetap menjadi hari yang istimewa kerana ia merupakan hari pengampunan dosa dan pemberian rahmat oleh Allah SWT. Namun, rata-rata kita terlupa bahawa pada waktu malam juga merupakan waktu yang baik untuk berdoa. Jadi, jom kita semak beberapa amalan yang boleh dilakukan pada malam hari Arafah.

Amalan Pada Malam Arafah

hidupkan-malam-arafah-ini-beberapa-amalan-yang-boleh-dibuat

1. Solat Tahajud

Solat Tahajud pada satu per tiga malam merupakan waktu yang paling mustajab untuk memohon keampunan Allah SWT. Tahukah anda, Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah sekalipun meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka? Menurut Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Aisyah RA pernah berkata;

Sesungguhnya Rasulullah SAW selalu bangun (solat) malam hingga bengkak kedua kakinya. Aku pun berkata kepada baginda: “Kenapa engkau melakukan ini, wahai Rasulullah. Bukankah Allah telah mengampuni segala dosamu yang telah lalu dan yang akan datang?

Kata Baginda: “Apakah tidak boleh jika aku suka menjadi hamba yang sangat bersyukur?”

HR Al–Bukhari dan Muslim

Oleh itu, kita digalakkan untuk melakukan solat sunat ini terutama pada malam Hari Arafah yang penuh dengan keberkatan ini.

hidupkan-malam-arafah-ini-beberapa-amalan-yang-boleh-dibuat

2. Tadarus Al-Quran

Selain mendirikan solat sunat, kita juga dinasihatkan untuk membaca Al-Quran dan menghayati semula kalimah Allah SWT. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah SAW pernah bersabda;

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

“Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”

HR Al-Tirmizi (2835)

Jadi perbanyakkan membaca Al-Quran terutama sekali pada malam Arafah itu. InsyaAllah, moga amalan kita diterima dan pahala kita dilipat gandakan oleh Allah SWT.

hidupkan-malam-arafah-ini-beberapa-amalan-yang-boleh-dibuat

3. Hadiri Majlis Ilmu

Seperti yang kita tahu, menghadiri majlis ilmu mempunyai kebaikannya tersendiri. Tapi, tahukah anda bahawa terdapat satu hadis panjang mengenai kelebihan orang yang menuntut ilmu ini. Menurut Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda;

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ،وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”

HR Muslim (4867)

Sekiranya terdapat sebarang ceramah ataupun majlis ilmu pada malam itu, jangan lupa untuk hadiri majlis tersebut. Selain menambah ilmu, kita juga boleh mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.

Sekadar tambahan, Al Ridzuan Travel & Tour juga ada sediakan pakej umrah yang menarik. Boleh rujuk makluman di sini dan follow FacebookInstagram dan TikTok kami.

Mini Zamri

Writer & Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *