Di kala kita gembira menuju ke Tanah Suci, kadang kala kita akan berasa bingung dalam persiapan terutama sekali untuk mengemas bagasi. Buat jemaah wanita semestinya, kita akan berasa pening nak kemas telekung, tudung dan lain-lain. Jom, ikuti tips mudah kami sediakan untuk packing barang Umrah!
Tips Kemas Barang Umrah
1. Set Pakaian
Jemaah digalakkan untuk membawa set pakaian dan jubah dalam 3-4 helai sahaja. Tips ini juga sesuai buat jemaah wanita bagi membawa tudung sarung dalam 4 helai sahaja. Hal ini kerana banyak jubah yang dijual dan sudah tentu jemaah akan membeli sebagai kenang-kenangan. Digalakkan juga untuk mencari kain jenis tidak perlu digosok bagi memudahkan urusan.
2. Kasut, Sandal dan Stokin
Bawa sepasang dua sahaja kasut dan sandal yang mudah disarung. Buat jemaah wanita, bawa dalam 4-5 helai stokin dan handsock. Pilih yang mudah dibuka agar senang dalam mengambil wuduk. Jangan ambil yang terlalu nipis kerana kebarangkalian untuk koyak itu tinggi.
3. Seterika Serbaguna
Jemaah boleh membawa seterika kecil atau travel steamer bagi menggosok pakaian. Jadi tidak perlu membawa seterika yang berat semata-mata untuk menggosok. Pastikan jemaah mencari seterika yang berkualiti ya, jangan sampai di sana rosak pula.
4. Ubat-ubatan
Jemaah dinasihatkan juga untuk membawa ubat-ubatan sendiri kerana harga keperluan ini agak tinggi di sana. Anda boleh membawa ubat-ubatan seperti Panadol, ubat batuk, vitamin dan lain-lain. Jemaah dinasihatkan untuk mengambil ubat tersebut pada klinik berdekatan dan pastikan anda memaklumkan kepada doktor mengenai tujuan anda untuk mendapatkan ubat-ubatan tersebut.
5. Makanan Ringan
Bawa makanan ringan seperti biskut, gula-gula mahupun stik serbuk minuman sebagai alas perut ketika berjalan-jalan di sana. Dalam pada masa yang sama, kita juga boleh mendapat pahala dengan bersedekah kepada anak-anak kecil di sana mahupun yang sedang bermusafir.
Semoga tips yang diberi dapat membantu buat para jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci. Selain itu, Al Ridzuan Travel & Tour juga ada sediakan pakej umrah yang menarik tau!
Boleh rujuk makluman di sini dan follow Facebook, Instagram dan TikTok kami!
2 Comments
Terima kasih untuk info ni, betul, ubat ubatan sangat penting, kencenderungan untuk batuk dan demam memang ada berikutan perubahan cuaca,,
tips yang baik untuk travel steamer👍