Siapa saja di sini yang tak suka melancong? Hampir semua orang suka melancong sama ada dalam negara mahupun luar negara. Tapi, faktor kewangan pada masa kini membuatkan ramai antara kita melupakan impian itu. Jangan risau, hari ini Al Ridzuan akan kongsikan beberapa tips untuk bercuti secara jimat.
5 Langkah Jimat
1. Gunakan Pengangkutan Awam
Di negara kita sahaja, pelbagai servis pengangkutan awam telah ditawarkan. Dari pesawat membelah awan, hingga ke feri menerusi lautan, kita perlu menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya. Jika dibandingkan dengan menggunakan kenderaan sendiri, ia akan menelan belanja yang lebih termasuk keselamatan diri ketika memandu. Namun, sekiranya anda membeli tiket kenderaan awam, anda tidak perlu berfikir hal-hal yang demikian. Sebaliknya, anda hanya perlu duduk dan menikmati pemandangan di luar sahaja.
2. Melawat Tempat Percuma
Pastikan anda menyemak dahulu tempat pelancongan tersebut sebelum bertolak ke sana. Kebanyakan tempat tarikan pelancong tidak memerlukan tiket dan boleh masuk secara percuma. Contohnya air terjun, tempat bersejarah, street art dan sebagainya. Siapa kata tiada duit tak boleh melancong, ini pun cara jimat untuk melancong tau!
3. Pilih Restoran Murah
Kalau dah sebut tempat pelancongan, sudah semestinya makanan di kawasan itu kebanyakannya agak mahal. Jadi bagi versi jimat ini, kita digalakkan untuk mencari restoran yang lebih murah. Pastikan anda bijak mengawal perbelanjaan anda ketika membeli. Malah, kalau anda ingin membeli bahan untuk masak di hotel juga tidak salah.
4. Cuti Berkumpulan
Tahukah anda bahawa melancong secara beramai-ramai lebih jimat? Tapi pastikan ahli yang mengikuti trip tersebut bersikap toleransi dalam berkongsi. Sebagai contoh, daripada membayar RM500 untuk hotel buat seorang, lebih baik berkongsi dengan rakan dan anggaran kos tersebut boleh dibahagi. Lagi jimat bukan?
5. Cuti Bukan Waktu Puncak
Waktu puncak di sini bermaksud musim yang kebanyakan orang akan bercuti. Selalunya pada waktu cuti sekolah, musim perayaan mahupun pada hujung tahun. Hal ini kerana kebanyakan tempat tarikan pelancong akan menaikkan harga mereka atas permintaan pelancong yang tinggi. Jadi, rancanglah sebaik-baiknya waktu perjalanan sebelum melancong ke luar.
Jadi tak mustahil sebenarnya nak melancong secara jimat. Jangan lupa kongsi ilmu ini kepada orang lain dan follow Facebook, Instagram dan TikTok kami!
2 Comments
Tip yg menarik terima kasih.Alangkah baiknya jika blog ini mempunyai link yg berkaitan diantara satu sama lain.contoh tip pertama boleh linkkan dengan blog senarai kenderaan awam yg efektif serta jimat.tip ke 2 linkkan blog destinasi pilihan bajet.Dengan adanya link yg berhubung kait diantara blog akan memudahkan pembaca mencari info dan menarik minat utk menggunakan perkhidmatan travel agensi dengan lebih yakin tanpa wasangka.sekian
perkongsian tips yg mudah difahami👍👍