Setiap kali melihat pakej Umrah atau Haji, kita selalu ditawarkan tentang kadar jarak hotel ke Masjidil Haram sama ada jauh atau dekat. Tapi, selalunya pakej yang ditawarkan itu juga mempunyai harga yang berbeza. Agaknya, yang mana lebih berbaloi ya?
Hotel Jauh Atau Dekat?
1. Harga Pakej
Kebanyakan pakej yang ditawarkan mempunyai pelbagai harga yang berbeza. Secara am, pakej yang mahal selalunya menawarkan hotel yang dekat dengan Masjidil Haram berbanding pakej yang murah. Ini berlaku atas demand yang tinggi di samping memudahkan urusan jemaah yang uzur untuk beribadat.
2. Jarak ke Masjidil Haram
Selalunya hotel yang dekat berjarak 30 hingga 50 meter daripada Masjidil Haram. Manakala hotel yang berjarak jauh adalah 1 kilometer ke atas dan memerlukan jemaah untuk menaiki bas ke Masjidil Haram. Hotel yang ideal adalah berjarak lingkungan 180 meter ke 600 meter sahaja. Jadi jemaah tidak perlu untuk mengambil bas dan boleh berjalan seperti biasa untuk ke sana.
3. Kesihatan Jemaah
Ini merupakan faktor yang sangat penting dalam memilih jarak hotel. Buat jemaah yang uzur, tua, sakit atau yang membawa anak-anak kecil digalakan untuk mengambil jarak yang dekat bagi memudahkan urusan ke masjid. Buat jemaah yang sihat fizikalnya, dinasihatkan untuk memilih hotel yang ideal atas kemampuan sendiri. Tidak salah untuk mengambil hotel yang jauh, sekurang-kurangnya ia akan jadi pengalaman buat kita juga untuk melihat kota suci itu.
Selain itu, Al Ridzuan Travel & Tour juga ada sediakan pakej umrah yang menarik. Boleh rujuk makluman di sini dan follow Facebook, Instagram dan TikTok kami.
boleh cadangan kawasan menarik yang boleh dilawati dengan berjalan kaki bagi hotel yang jarak agak jauh dari masjidil haram?