Betulkan Niat, Ini Adab Di Tanah Suci Yang Ramai Jemaah Lupa

Dalam menunaikan Rukun Islam yang kelima sudah semestinya, tingkah laku dan adab perlu sentiasa diamalkan dalam mengerjakan ibadah. Bukan sekadar niat sahaja, beberapa tingkah laku yang lain juga perlu sentiasa diamalkan ketika berada di sana. Hari ini, Al Ridzuan nak kongsi beberapa adab yang perlu diikuti oleh jemaah ketika menunaikan ibadah di sana.

5 Adab di Tanah Suci

betulkan-niat-ini-adab-di-tanah-suci-yang-ramai-jemaah-lupa

1. Betulkan Niat

Sudah semestinya jemaah perlu sentiasa menjaga solat dan betulkan semula niat ketika berada di sana. Pastikan niat kita adalah untuk beribadah kerana Allah SWT dan bukanlah sekadar niat untuk bercuti mahupun sibuk membeli belah.

betulkan-niat-ini-adab-di-tanah-suci-yang-ramai-jemaah-lupa

2. Jaga Adab

Kita dapat melihat personaliti seseorang melalui adabnya. Di kala sedang berasak-asakan dalam beribadah, pastikan kita buang jauh-jauh sifat buruk dan menahan kesabaran dengan lebih tinggi. Sudah semestinya, setiap insan yang sabar akan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.

betulkan-niat-ini-adab-di-tanah-suci-yang-ramai-jemaah-lupa

3. Jangan Membazir

Di kota suci itu, terdapat juga beberapa tempat yang menawarkan air zam-zam secara percuma. Diingatkan buat para jemaah jangan sesekali membazirkan air tersebut. Dalam pada masa yang sama, pastikan niat dan adab ketika menggunakan tersebut betul dan sentiasa terjaga. 

betulkan-niat-ini-adab-di-tanah-suci-yang-ramai-jemaah-lupa

4. Jaga Percakapan

Ini yang paling penting dan ramai yang sering terlepas pandang. Makanan yang dihidangkan mungkin mempunyai rasa yang berbeza dengan tekak kita. Namun, jangan sesekali kita mencela makanan tersebut. Sebaiknya, kita hanya diam sahaja atau jangan makan sekiranya tidak lalu. Terdapat pelbagai makanan lain yang boleh dibeli di sekitar kawasan mengikut cita rasa masing-masing.

betulkan-niat-ini-adab-di-tanah-suci-yang-ramai-jemaah-lupa

5. Rebut Pahala

Sebut sahaja mengenai umrah dan haji, sudah semestinya terdapat kematian yang sering berlaku di kota suci tersebut. Rebutlah peluang dengan mengikut solat jenazah bersama-sama kerana besar pahalanya. Dalam pada masa yang sama, jangan lupa juga dengan ibadah sunat yang lain seperti bersedekah, membaca Al-Quran dan juga berzikir ketika berada di sana.

Apa-apa pun pastikan niat itu diperbetulkan dahulu sebelum melaksanakan apa-apa perkara dalam ibadah. Sebut pasal adab di sana, Al Ridzuan Travel & Tour juga ada sediakan pakej umrah yang menarik tau! 

Boleh rujuk makluman di sini dan follow Facebook, Instagram dan TikTok kami!

Mini Zamri
Mini Zamri
Articles: 36

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *